Messi Dan Ronaldo Dedah Pertahanan Paling Sukar Pernah Mereka Hadapi

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi Kedua-duanya mendedahkan tentang pertahanan paling sukar pernah mereka hadapi sepanjang karier cemerlang masing-masing.

Kedua-dua bintang sensasi Juventus dan Barcelona itu telah merangkul pelbagai anugerah peribadi dan Piala kejuaraan sepanjang kariernya.

Mereka berdua juga terkenal sebagai antara pemain terbaik dunia di abad ini bahkan tidak keterlaluan untuk katakan mereka berdua merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.

Mereka berdua mendominasi 11 dari 12 anugerah Ballon d’or terakhir yang dipertandingkan dengan Messi memiliki enam dan Ronaldo memiliki lima darinya.

Tetapi, walau dianggap pemain terbaik sepanjang zaman, Messi dan Ronaldo tetap menghadapi kesukaran dengan menghadapi pertahanan lawan.

Bercakap kepada DAZN, Messi telah menamakan Sergio Ramos dan Diego Godin sebagai pertahanan paling sukar pernah dihadapi olehnya sepanjang karier beliau.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu juga telah menamakan pertahanan kanan Sepanyol, Pablo Maffeo sebagai antara pesaing muda yang terhebat menurutnya.

“Man-marking tidak akan mengganggu saya, anda sendiri tahu pasti akan ada pertarungan yang sengit dan ada pemain pasti rimas andai ada lawan yang terus mengekorinya.”

Jelas Messi.

“Sejujurnya perkara itu jarang berlaku kepada saya. Ia sedikit pon tidak mengganggu saya, ianya situasi yang sangat jarang terjadi.”

“Pablo Maffeo antara pemain yang handal bermain man-marking. Dia sungguh berbakat.”

“Saya bukan jenis pemain yang suka mengadu. Bagi saya sentuhan fizikal, bentesan dan menedang semua itu sebahagian dari permainan.”

“Saya lebih terganggu apabila saya bermain dengan teruk dan situasi itu akan membuat saya sedikit marah. Tetapi sekiranya saya beraksi bagus, ianya tidak akan menjadi masalah, semua itu sebahagian dari permainan dan saya tidak menyimpan apa-apa secara peribadi.”

Sementara itu, Ronaldo sendiri sudah beraksi di merata tempat seperti Premier League, La Liga, Serie A dan Primeira League sudah pasti mempunyai pengalaman lebih luas berbanding Messi.

Pemain Portugal berusia 35 tahun itu mendedahkan bahawa pertahanan paling sukar untuk beliau hadapi adalah bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole.

“Saban tahun saya sudah mengharungi beberapa persaingan sengit dengan Ashley Cole, dia jenis yang tidak mengalah, bila dia mula mengejar anda pasti kehilangan nafas.”

Jelas Ronaldo kepada Coach Mag.

“Dia merupakan seorang pemain yang luar biasa, dia seorang pemain yang mempunyai teknik bertahan yang hebat ketika kemuncak beliau, dia pantas, dia juga hebat ketika melakukan bentesan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.