Messi Dalam Poket Coquelin, Buat Tactical Foul Sehingga Messi Menyembah Bumi

Francis Coquelin menjadi pemain penting sejak beliau menyertai Valencia.

Francis Coquelin jua mungkin salah seorang pemain yang hilang dan diperlukan Arsenal ketika ini. Di mana Arsenal masih bergelut untuk mencari defensive midfielder sejati yang konsisten.

Coquelin merupakan pemain muda yang bakatnya dikesan oleh Arsene Wenger. Dan pemain Perancis itu ditandatangani oleh The Gunner.

Namun sayang sekali Coquelin terpaksa meninggalkan Arsenal kerana tidak mendapat jaminan dalam kesebelasan utama.

Arsene Wenger melepaskan beliau untuk membantu pemain itu meningkatkan lagi permainannya dengan minit perlawanan yang banyak di tempat lain.

Sejak tiba di Mestalla, Francis Coquelin telah menjadi nadi penting pasukan Valencia.

Dan beliau sekali lagi beraksi cemerlang dalam kemenangan bermakna ke atas Barcelona di Mestalla. Kemenangan yang menghadiahkan Quique Setien kekalahan pertama.

Salah satu babak yang menarik adalah ketika Francis Coquelin melakukan tactical foul bagi menghalang gerakan Lionel Messi.

Lionel Messi pemain terbaik dunia enam kali dan pemenang Ballon d’Or. Beliau gagal untuk melepasi halangan itu.

Jika berjaya, pastinya Valencia dalam masalah besar.

Aksi berani Francis Coquelin telah menghentikan serangan pantas pasukan Barcelona secara mengejut dan serta merta. Messi hanya mampu menyerah dan berserah dengan bentesan itu.

Gaya permainan beliau yang keras dan lasak menjadikan beliau pemain yang sangat penting dan disayangi peminat.

Beliau menjatuhkan Messi dengan bentesan yang tidak mencederakan tetapi sangat penting.

Coquelin ditugaskan untuk mengawal Lionel Messi. Dan beliau berjaya melakukan tugasannya dengan sangat cemerlang.

Messi cuba membantu pasukannya bangkit dengan keupayaan luar biasa beliau. Namun Coquelin sentiasa ada mendampingi beliau.

Messi kelihatan buntu dan sukar sepanjang malam berada di dalam kawalan Francis Coquelin.

Selain daripada aksi cemerlang, Francis Coquelin juga hampir menjaringkan gol untuk pasukannya. Namun dibatalkan oleh pengadil kerana VAR.

Valencia menang 2-0 ke atas pasukan Barcelona. Maxi Gomez juga menjadi satu lagi watak penting dalam kemenangan Valencia dan pemain terbaik perlawanan.

Meskipun beliau gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan, namun Maxi Gomez memberikan masalah besar kepada Barcelona.

Rembatan Maxi Gomez terbias pada Jordi Alba untuk gol pertama Valencia. Dan pada separuh masa kedua Maxi Lopez menjaringkan gol yang menyentak semangat Barcelona untuk bangkit.

Barcelona tewas pertama kali di bawah kendalian Quique Setien yang dianggap sebagai penyelamat Barcelona daripada kehambaran Ernesto Valverde.

Setien Pastinya tidak mahu kekalahan ini berulang lagi dan sudah empat kali pasukan Barcelona kalah musim ini dalam La Liga.

Sementara itu, pasukan Valencia kini naik ke tangga kelima di dalam carta La liga. Barcelona kekal di puncak liga tetapi Real Madrid akan turun selepas ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.