Tatkala Lionel Messi mulai berlembut dan bersedia bertemu dengan pihak pengurusan Barcelona untuk mencari penyelesaian mengenai masa depannya, giliran Barcelona pula bermain kasar.
Pemain antarabangsa Argentina itu sebelum ini telah menyatakan pendiriannya untuk berpindah, dan keputusan tersebut masih lagi kekal.
Dan menurut laporan El Periodico yang disiarkan Marca pada hari ini, Messi mahu melakukan pertemuan dengan pengurusan Barcelona setelah menolak pelawaan pertemuan oleh presiden kelab, Josep Maria Bartomeu sebelum ini.
Lionel Messi remains determined to leave Barcelona, but wants to meet with the board and leave the club on good terms, Goal can confirm 👀 pic.twitter.com/6wm7NtXzZ9
— Goal (@goal) August 28, 2020
Penyerang itu tahu Barcelona enggan melepaskannya secara percuma pada musim panas ini, tetapi pada masa yang sama Mess tidak mahu klausa membebankan bernilai €700 juta menjadi penghalang akan perpindahan tersebut.
Untuk memudahkan perkara, rundingan yang mampu menghasilkan situasi menang-menang mungkin adalah langkah terbaik buat kedua-dua pihak.
Namun demikian Barcelona enggan berganjak dari keputusan mereka – enggan melepaskan Messi kecuali klausa tersebut dipenuhi.
Josep Maria Bartomeu is ready to step down as Barcelona president if Lionel Messi changes his mind and decides to stay at the club, sources have told @moillorens and @samuelmarsden: https://t.co/eFvumFJHwA pic.twitter.com/3meVyDaQRz
— ESPN FC (@ESPNFC) August 27, 2020
“Melainkan jika Messi mahu mengadakan pertemuan untuk sambungan [kontrak] maka tidak perlu ada perbincangan apa-apa,” kata jurucakap kelab melalui satu kenyataan.
Pendirian Barcelona ini bermakna mana-mana kelab yang mahukan pemain itu harus membayar €700 juta kepada Barcelona.
Jika tidak, Barcelona lebih dari berpuas hati untuk melihat pemain berusia 33 tahun itu menamatkan baki kontrak setahun sehingga musim panas akan datang.
According to reports: Man City are preparing an offer of €100m plus three of their first-team stars for Lionel Messi 🗞
One of those players being Bernardo Silva 🇵🇹
Judging by their club value, if any team can prize Messi away from the Camp Nou, it'll be them 🔵 pic.twitter.com/o24qxgmdIV— Football Index (@FootballIndex) August 27, 2020
Kes ini juga berkemungkinan akan berlarutan ke mahkamah disebabkan oleh kesulitan klausa yang terdapa di dalam kontrak Messi dengan Barcelona.
Kontrak Messi yang boleh dia boleh tinggalkan pada bila-bila masa secara percuma setiap kali musim berakhir selepas dia berusia 32 tahun.
Messi dijangka hadir menghadiri ujian PCR dan sesi latihan skuad kendalian Ronald Koeman pada Isnin nanti.