blank

Messi Bergocoh Dan Maki Fisio Bolivia – “P***MAK, Kau Dah Kenapa Botak?…. F**K!!!!”

blank

Semalam Argentina berjaya menewaskan Bolivia di La Paz. Ia adalah tempat yang sentiasa dianggap bahaya untuk pusingan kelayakan Piala Dunia, walaupun secara teknikalnya, kedua-dua pasukan melalui perlawanan dengan.

Tetapi sebaik sahaja pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat, pemain dan pegawai dari kedua-dua pasukan mulai terlibat dengan insiden tolak menolak, masing-masing diketuai oleh Marcelo Martins untuk kem Bolivia, dan Lionel Messi untuk kem Argentina.

Insiden dipercayai bermula apabila Marcelo Martins mengingatkan Messi mengenai kekalahan 6-1 Argentina kepada Bolivia sebelum ini yang juga berlaku di La Paz.

“Bodoh! Mereka dibocori enam kali!” kata Martins. Tetapi itu bukan satu-satunya perkara panas yang berlaku di dalam insiden tersebut.

Kamera gagal merakan apa yang disampaikan oleh Lucas Nava sehingga membuatkan Messi begitu marah. Nava yang berpewatakan kepala botak adalah anggota fisio pasukan Bolivia.

Perkara pertama yang jelas kedengaran Messi katakan dalam nada marah adalah memaki ibu Nava: “P***MAK MAK KAU” kata Messi dalam nada marah.

Ia kemudiannya diikuti dengan kata-kata Messi: “Anda tidak perlu datang ke sini untuk f***k dengan saya.” yang turut ditujukan kepada Nava.

Akhirnya keadaan menjadi reda dan walaupun perlawanan telah tamat, pengadil perlawanand dari Peru, Diego Haro melayangkan kad kuning masing-masing kepada Marcelo Martins dan Messi yang jelas sudah panas waktu itu.

Sergio Aguero yang menyaksikan perlawanan itu dari rumah pula sempat melakukan ciapan berbaur batu api di Twitter supaya Messi berlawan dengan ‘si botak’. “Tampar sahaja kepala botak itu Leo Messi,” tulis Aguero.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan ke atas Albisceleste. Marcelo Martins memberikan gol pendahuluan untuk Bolivia pada minit ke-24 perlawanan, tetapi Argentina kemudiannya muncul pemenang melalui jaringan Lautaro Martinez pada minit ke-45, dan Jooachin Correa pada minit ke-79 perlawanan.

Keputusan ini bermakna Argentina telah merekodkan dua kemenangan dari dua perlawanan pembukaan puisngan kelayakan Piala Dunia 2022, selepas terlebih dahulu menewaskan Ecuador, dan sekarang giliran Bolivia.

Bolivia pula sebaliknya kerana tewas dua perlawanan yang dilalui setakat ini. Sebelum kekalahan 2-1 kepada Argentina ini, Bolivia terlebih dahulu dibelasah Brazil 5-0 beberapa hari lebih awal.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.