Messi beli Apartment Bernilai £7.25 Juta Di USA, Apa Rancangan Beliau Seterusnya?

Lionel Messi dilaporkan sudah membeli sebuah apartment mewah bernilai £7.25 juta di Miami, namun akan kekal bersama Barcelona sehingga 2023 sebelum berpindah.

Kontrak bintang Argentina itu bersama Blaugrana akan tamat pada musim panas akan datang, dan Messi sehingga kini masih belum mengumumkan rancangan masa depannya kepada umum.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, media penerbitan Sepanyol, Cadena SER ada menyatakan bahawa Messi sudah memutuskan untuk kekal bersama Barcelona sehingga 2023 sebelum pergi ke luar bandar dan bersara.

Apartments tersebut terletak di Porsche Design Tower di Sunny Isles dan telah dibeli olehnya sejak setahun setengah yang lalu.

Messi dikatakan mahu melihat anaknya menyertai sekolah tinggi di USA sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Bermain di Amerika juga merupakan satu hal yang sangat diimpikan oleh pemain berusia 33 tahun itu dan beliau pernah menyatakan kepada La Sexta bahawa:

“Rancangan saya adalah untuk memberikan segala yang saya mampu untuk kelab pada ketika ini.”

“Saya berminat untuk bermain di United States dan menikmati hidup serta saingan bola sepak di sana, tapi sekarang ia berbalik kepada Barcelona atas beberapa sebab.”

“Saya tidak berfikir terlalu jauh di waktu yang singkat ini dan saya hanya mahu melihat bagaimana kami menghabiskan baki musim ini nanti.”

Satu-satunya pasukan yang mungkin akan menjadi destinasi pilihan Messi di US adalah kelab milik David Beckham, Inter Miami.

Beckham sebelum ini dengan terbuka mendedahkan bahawa beliau mahu menandatangani Messi dan Cristiano Ronaldo untuk beraksi bersama kelabnya.

Salah seorang pengurus pasukan dalam saingan MLS turut percaya bahawa Beckham mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kedua-dua Ronaldo dan Messi ke dalam pasukannya.

“Ia akan menjadi satu hal yang menakjubkan dalam dunia bola sepak terutama di USA dan andai ada sesiapa dalam dunia ini yang mampu menjadikan hal itu kenyataan, dia adalah David Beckham.”

Jelas pengurus pasukan Minnesota United, Adrian Heath kepada The Mirror.

“Ia belum berlaku tapi akan berlaku, tapi saya nampak Ronaldo akan ikut jejak langkah Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Frank Lampard bermain di MLS.”

“Untuk Ronaldo dan Messi, kedua-dua mereka jelas akan ke Los Angeles dan Miami seandainya mereka berminat untuk sertai MLS.”

“Dan, dengan hubungan baik beliau bersama kedua-dua pemain dan rancangan yang sudah disediakan oleh Beckham, saya hanya nampak mereka berdua akan sertai Miami.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.