Lionel Messi boleh dikenakan denda lebih dari €1 juta sekiranya beliau tidak mahu hadir ke sesi latihan skuad Barcelona.
Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu gagal untuk menghadirkan diri ke sesi ujian PCR pada pagi ahad yang mana ujian tersebut diwajibkan kepada semua pemain utama kelab.
Ini bermakna pemain berusia 33 tahun itu berkemungkinan tidak akan turun untuk sesi latihan pada hari isnin, dan sekiranya hal itu terjadi ianya adalah kali kedua beliau telah ponteng.
Leo Messi didn't show up for the PCR test at Barcelona training this morning as he believes he is no longer a player of the club, according to @marcelobechler pic.twitter.com/b3tRCxP5JC
— B/R Football (@brfootball) August 30, 2020
Syarikat penerbitan Sepanyol, SPORT telah mendedahkan bahawa Messi kini boleh dikenakan tindakan denda yang besar atas alasan beliau gagal untuk hadir dengan sengaja.
Messi mungkin boleh didenda tidak dibayar untuk tempoh waktu dua dan 01 hari bahkan mungkin akan didenda pemotongan 7% dari gaji bulanannya.
Bintang Argentina itu dilaporkan menerima pendapatan €4.2 juta sebulan dan pastinya beliau akan terkesan dengan pemotongan 7% itu.
Berikut merupakan senarai denda yang berkemungkinan boleh dikenakan keatas Messi dibawah kategori pemain yang menerima pendapatan lebih dari €100,000 sebulan.
Pendapatan tidak melebihi €100,000 sebulan:
Minimum: Dari 4,01% ke 5% daripada pendapatan setiap bulan.
Pertengahan: Dari 5,01% ke 6% daripada pendapatan setiap bulan.
Maksimum: Dari 6,01% ke 7% daripada pendapatan setiap bulan.
Lionel Messi has failed to report for coronavirus testing at Barcelona's training complex as he continues his battle to leave the club.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 30, 2020
Pendapatan melebihi €100,000 setiap bulan:
Minimum: Dari 1,33% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Pertengahan: Dari 1,34% ke 2,65% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Maksimum: Dari 2,67% ke 4% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Messi juga mungkin akan dikenakan tindakan lebih berat sekiranya beliau memilih untuk tidak hadir ke sesi latihan pada hari selasa nanti.
SPORT turut menyatakan:
“Tidak hadir untuk bekerja dengan alasan yang munasabah buat kali ketiga dan keempat secara berturut-turut akan dikenakan tindakan yang lebih berat.”
Sekiranya ianya terjadi, Messi mungkin akan berdepan hukuman tidak bergaji dalam tempoh lebih dari 10 hari atau mungkin sebulan penuh.
❗Messi could face a 25% salary cut if he doesn't show up for tomorrow's training session. [cadena ser] pic.twitter.com/L4Y1I6t7RE
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 29, 2020
Pendapatan tidak melebihi €100,000 setiap bulan:
Minimum: Dari 7,01% ke 13% daripada pendapatan setiap bulan.
Pertengahan: Dari 13,01% ke 19% daripada pendapatan setiap bulan.
Maksimum: Dari 19,01% ke 25% daripada pendapatan setiap bulan.
Pendapatan melebihi €100,000 setiap bulan:
Minimum: Dari 3,33% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Pertengahan: Dari 3,34% ke 6,66% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Maksimum: Dari 6,67% ke 10% daripada lebihan pendapatan setiap bulan.
Lionel Messi has told Barcelona he will not attend coronavirus testing on Sunday or preseason training on Monday, sources have told @moillorens & @alexkirkland: https://t.co/gfII7AaqYi pic.twitter.com/kEMbzozlvL
— ESPN FC (@ESPNFC) August 29, 2020
Messi tetap berkeras mahu meninggalkan Barcelona pada musim panas ini dan perundingan antaranya dengan kelab masih berjalan.
Banyak kelab yang sedang menanti Messi untuk meninggalkan Barca dan mahu segera untuk menandatangani bintang terbaik dunia itu.
Manchester City, Juventus dan PSG antara yang paling berminat untuk menandatangani pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu.