Messi Anggap Laporan Beliau Nak Tinggalkan Barcelona Sebagai Fake News!

Hasrat Inter Milan untuk mendapatkan Lionel Messi mungkin sudah musnah. Ini apabila pemain kebangsaan Argentina itu melabel laporan yang mengaitkan beliau nak angkat kaki sebagai fake news.

Inter Milan sudah memulakan usaha untuk membawa masuk bintang Argentina itu selepas 14 tahun pemain tersebut bermain di Barcelona.

Kehadiran Messi ke Serie A dijangka akan dapat membantu menaikkan semula prestij liga tersebut selepas kejayaan Juventus mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Bekas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti juga menyokong usaha pasukan Inter untuk membawa Messi pada jendela perpindahan yang akan datang.

Messi ada klausa pelepasan £132 juta pada jendela perpindahan yang akan datang. Messi sudah berusia 32 tahun, namun beliau masih mempunyai kudrat yang luar biasa untuk bersaing dengan pemain terbaik di dunia.

Beliau menjaringkan 627 gol daripada 718 penampilan untuk Barcelona. Membantu pasukan itu memenangi 10 La Liga dan 4 UCL di dalam kariernya.

Beberapa bulan lalu Messi bertikam lidah dengan Pengarah Sukan Barcelona yang juga bekas rakan sepasukan beliau, Eric Abidal.

Ini selepas Abidal menuduh beberapa pemain menjadi punca Ernesto Valverde dipecat. Pemain pemain tersebut tidak mahu bermain dan mahu mogok.

Kenyataan itu membuatkan Messi berang dan mencabar Abidal memberikan nama beberapa pemain yang beliau maksudkan. Pertengkaran itu memaksa Bartomeu masuk campur untuk meredakan keadaan.

Beberapa minggu lalu, Messi sekali lagi mengkritik pengurusan Barcelona yang mahu memotong 70% gaji bagi membantu membayar gaji staf bukan pemain ketika krisis koronavirus.

Messi tak berpuas hati kerana angka itu terlalu tinggi. Pihak pemain meminta 30% pemotongan seperti di EPL. Malah Luis Suarez juga kecewa apabila ada laporan menyatakan pemain Barcelona menentang idea pemotongan gaji.

Mereka bukan menentang tetapi mereka mahu angka potongan itu tidak melampau. Akhirnya para pemain dan kelab mencapai kesepakatan untuk pemotongan 50% gaji.

Messi masih belum melanjutkan kontrak beliau selepas beberapa isu yang beliau kurang senangi. Isu lain adalah pengurusan Barcelona yang dilihat terlalu kerap merombak pasukan.

Messi nafi nak angkat kaki

Messi kemudian tampil dengan penafian. Bukan sahaja dikaitkan dengan Inter Milan, malah Messi turut dikaitkan dengan Newell’s Old Boys, bekas kelab lamanya.

Messi berkata: “Apa sahaja berita yang mereka tulis tentang Newell’s [Old Boys] beberapa minggu lalu adalah berita palsu.”

“Terima kasih Tuhan kerana sekarang sudah tiada lagi yang percayakan mereka lagi.”

Messi turut menafikan satu lagi fake news yang mengaitkan beliau sebagai individu yang membantu membayar ikat jamin Ronaldinho dan abangnya sebanyak $1.6 juta.

Ronaldinho dipenjara bersama dengan abangnya kerana masuk ke negarra Paraguay menggunakan pasport palsu.

Selepas 32 hari di penjara, Ronaldinho kini menjalani hukuman tahanan rumah di sebuah hotel mewah.

Messi meletakkan label fake news tentang berita tersebut di Instagram.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.