Tatkala khabar angin mengenai masa depan Lionel Messi semakin menjadi-jadi, bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney membuat kenyataan yang melangkaui akal pemikiran optimistik mengenai penyerang Barcelona itu.
Seperti kita semua tahu Messi sudah memaklumkan pihak pengurusan Barcelona beliau mahu meninggalkan Nou Camp pada kadar segera.
Masa depan pemain itu di Sepanyol mulai menjadi tanda tanya setelah Barcelona dibelasah oleh Bayern Munich di Champions League dengan kekalahan mengaibkan 8-2.
Dan Rooney tidak berselindung berkata beliau mahu melihat Messi beraksi di Premier League selepas ini.
❗️ Manchester United are negotiating the possible signing of Lionel Messi. [cuatro] pic.twitter.com/0C8cQ1RJO2
— barcacentre (@barcacentre) August 25, 2020
“Saya tahu beliau semakin tua, tetapi Messi adalah pemain yang tidak pernah sesiapa pun pernah lihat sebelum ini,” ujar beliau kepada talkSPORT.
“Messi ada segala-galanya. Beliau boleh mencipta peluang jaringan, menjaringkan gol, atau merencana permainan, dan adalah pemain terbaik sepanjang zaman.
“Dia salah seorang pemain yang saya sentiasa kagumi.”
Seperti dijangka kenyataan Rooney seterusnya sudah pasti menjurus kepada kemungkinan untuk Messi menyertai Manchester United.
Manchester United are in a position to pull off the signing of Lionel Messi, claims Sport 😱 pic.twitter.com/AwFp54aWVj
— Goal (@goal) August 26, 2020
Ia bukan perkara menghairankan kerana Rooney adalah legenda di kelab itu, dan merupakan bekas kapten The Red Devils.
“Jika Messi beraksi bersama pemain seperti Bruno Fernandes, atau pemain seperti Kevid de Bruyne (cover sikit), dengan mudah beliau boleh menang Ballon d’Or ketujuh. Ia pasti perkara yang hebat,” ujar Rooney lagi.
Ini bukan kali pertama Rooney memuji Messi secara terbuka, dan menyifatkan pemain Argentina itu lebih hebat daripada bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo.
Menurut Wayne Rooney, Lionel Messi adalah jauh lebih kejam daripada Cristiano Ronaldo di atas padang.
Bintang Barcelona itu akan menyeksa lawannya dahulu sebelum membunuh mereka. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang lebih direct dalam membunuh lawannya.
Wayne Rooney on:
● Messi in the Premier League
● Messi vs. Ronaldo
● Messi in MLS
● Messi winning the Ballon d’Or(via @talkSPORT) pic.twitter.com/mHA0JgsOpr
— ESPN FC (@ESPNFC) August 27, 2020
Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo bermain bersama selama lima musim sebelum ini di Old Trafford. Mereka berdua membentuk gandingan yang luar biasa sehinggalah Ronaldo memutuskan untuk menyertai Real Madrid pada 2009.
Rooney dan Ronaldo adalah sahabat baik. Tetapi Wayne Rooney mengenepikan sentimen itu ketika memberikan pandangan beliau di ruangan The Times.
Rooney mengakui Ronaldo pemain yang luar biasa, tetapi Messi lebih baik daripada ‘pemain luar biasa’ tersebut.
“Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah yang pernah kita saksikan.”
Wayne Rooney wan make Lionel Messi win Ballon d’Or at Manchester United. pic.twitter.com/1MR6l88MQM
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) August 27, 2020
“Walaupun saya bersahabat baik dengan Cristiano, tetapi saya memilih Messi sebagai pemain lebih baik.”
Rooney sangat kagum dengan gaya permainan Messi yang nampak sangat mudah ketika melakukan gol. Beliau tidak melakukan rembatan deras, sebaliknya hanya menolak bola.
“Jika bercakap soal keteangan di hadapan gol, saya pun dah lupa, bila agaknya kali terakhir saya melihat Messi merembat deras untuk menjaringkan gol. Beliau biasanya menolak bola dan memperlihatkan bahawa ianya perkara yang sangat mudah.”
“Cristiano Ronaldo seorang pemain yang kejam di dalam kota penalti, bernaluri pembunuh.”
“Tetapi Lionel Messi akan menyeksa kamu dahulu sebelum dia membunuh kamu.”
“Malah kamu beranggapan bahawa Messi sedang bergembira di atas padang.”