Boleh dikatakan tidak akan ada perseteruan di dalam sejarah bola sepak ini seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Kedua dua pemain itu membentuk satu perseteruan epik di La Liga selama hampir sedekad, bermain untuk dua pasukan terbaik dunia iaitu Barcelona dan Real Madrid.
Lionel Messi dinaikkan pangkat dari akademi La Masia. Manakala Cristiano Ronaldo dibeli Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia ketika itu dari Manchester United.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka berdua benar-benar mendominasi arena bola sepak. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah memecahkan rekod yang tidak terkira banyaknya.
Messi and Ronaldo, if they're not already, will probably be billionaires through football by the time they retire 💰💰💰
What a life! pic.twitter.com/iLU6DdB84n
— Football Tips ⚽ (@JamesMurphyTips) January 17, 2020
Mereka juga telah memenangi banyak trofi bersama kelab dan penghargaan individu yang tidak terkira dan tak masuk akal banyaknya.
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo juga telah berjaya membentuk kelompok penyokong mereka dengan serius, menjadikan persaingan mereka berdua jauh lebih sengit.
Di mata beberapa orang, bintang Barca memegang mahkota G.O.A.T. ataupun Greatest Of All Time.
Tetapi bagi yang lain, CR7 adalah yang terbaik dan selayaknya bergelar G.O.A.T sebenar.
Walaupun peminat bola sepak suka untuk membahaskan apa sahaja tentang mereka, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pula lebih memilih untuk fokus kepada aksi di atas padang.
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo banyak juga memberikan pujian dan penghargaan kepada satu sama lain.
Dalam majlis Ballon d’Or sebelum ini Ronaldo menyatakan beliau berhubung baik dengan Messi dan berharap akan dapat meluangkan masa makan malam dengan legenda Argentina itu.
Malah Ronaldo menyifatkan perseteruan di antara mereka membuatkan masing-masing tak pernah berehat untuk terus meningkatkan kemampuan diri. Ia adalah satu perseteruan yang membawa kepada persaingan positif.
Ronaldo pernah meminta Lionel Messi untuk datang ke Itali untuk membentuk perseteruan di sana.
Baru-baru ini pula Lionel Messi mengakui persaingan dan perseteruan di antara mereka akan diingati selama-lamanya.
“Ia adalah satu pertarungan yang akan kekal selamanya, kerana ia sudah bertahan selama bertahun-tahun lamanya,” kata bintang Argentina itu kepada La Liga di DAZN.
🇦🇷 Lionel Messi
🏟 845 Games
⚽️ 689 Goals
🎯 298 Assists🇵🇹 @Cristiano Ronaldo
🏟 990 Games
⚽️ 716 Goals
🎯 251 Assists😢 Messi is missing Ronaldo in @LaLiga. pic.twitter.com/2HMKcNqe1t
— SPORF (@Sporf) January 16, 2020
“Tidak mudah untuk mengekalkan tahap tertinggi untuk sekian lama, terutamanya di kedua-dua kelab yang kami tandingi, yang sangat menuntut anda sentiasa menjadi terbaik untuk kekal di dalam kedudukan pasukan utama, di Madrid dan Barca, yang merupakan kelab yang terbaik di dunia.”
“Persaingan antara kami, telah membuatkan kamu bertahan di peringkat tertinggi selama bertahun-tahun dan ia akan diingati selama-lamanya. Persaingan secara kesukanan di antara kami sangat bagus secara peribadinya.”
“Saya fikir peminat juga menikmatinya, sama ada penyokong Madrid atau Barca, dan mereka yang bermain bola sepak juga akan menikmatinya.”
Jadi, sukar untuk menafikan kenyataan Lionel Messi itu. Beliau seolah-olah menggambarkan perseteruan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak akan mampu diulangi lagi selepas ini.
Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk melihat perseteruan di peringkat tertinggi selama lebih sedekad.
Di antara kedua dua mereka adanya 11 Ballon D’Or. Enam untuk Messi dan lima untuk Cristiano Ronaldo.