Menyingkap Sejarah 5 Mei Cristiano Ronaldo Di La Liga

Cristiano Ronaldo menghasilkan hatrik pertama beliau untuk Real Madrid pada 5 Mei 2010, dalam perlawanan menentang Real Mallorca.

Ronaldo tidak perlu menunggu lama untuk menunjukkan kualiti yang beliau miliki pada musim pertama di La Liga setelah menyertai Los Blancos dari Manchesterter United dengan nilai rekod dunia 80 juta pound pada ketika itu.

Dari 29 perlawanan La Liga yang dilaluinya pada musim pertama, Ronaldo sudah mengjasilka 26 gol. Jumlah itu hanya lapan gol berbeza dengan Messi, dan satu gol lebih dari Higuain.

Kedua-dua pemain sudah lebih biasa dari Ronaldo dengan saingan dan atmosfera di La Liga.

Salah satu perlawanan di mana Ronaldo membutikan nilai nya adalah perlawanan di Saium Son Moix pada 5 Mei 2010. Ketika Real Madrid ketinggala 1-0, mereka kemudiannya bangkit melalui hatrik Ronaldo dan satu gol Higuain.

Koleksi hatrik Ronaldo tidak terhenti di situ saja. Ronaldo kemudiannya merekodkan 33 hatrik lagi untuk Real Madrid di La Liga, menjadikan keseluruhan 34 hatrik dihasilkan untuk Los Blancos.

setakat ini hanya Lionel Messi yang mampu melepasi rekod hatrik Ronaldo dengan 36 hatrik, tetapi dengan jumlah perlawanan dan musim yang lebih banyak berbanding pemain dari Portugal itu.

Secara keseluruhan Ronaldo turut telah menghasilkan lebih dari dua gol (hatrik atau 4 gol) sebanyak 56 kali dalam semua perlawanan profesional untuk kelab dan negara.

Hatrik terahir yang dihasilkannya ialah ketika membantu Juventus menewaskan Cagliari 4-0 dalam perlawanan Serie A pada Januari lalu.

Hatrik tersebut menjadikan beliau pemain pertama yang berjaya menjaringkan hatrik di Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Serie A.

5 Mei 2010 adalah pemulaan. The rest is history.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.