Mengimbas Kembali Pertarungan Pertama Son Goku vs Bezita

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Dalam siri Dragon Ball Z, pelukis Akira Toriyama memasukkan pelbagai elemen tempur yang menarik. Antaranya adalah pertarungan di antara 2 pahlawan saiya daripada kasta berbeza.

Bezita adalah pahlawan elit Saiya yang dilabeli Raja Kaio sebagai penjahat no.1 di alam semesta. Goku pula daripada kasta bawahan. Itulah sebab Goku dibuang ke bumi.

Pertarungan

Goku mengarahkan Krillin dan Gohan untuk pulang ke Kame House. Kemudian Goku meminta daripada Bezita agar pertarungan mereka di tempat yang jauh daripada pertempatan manusia. Ini untuk mengelakkan ada kematian nyawa orang lain.

Bezita setuju dengan syarat itu dan terbang terus ke udara. Berdesup! Sehinggakan Goku menyifatkan ia lebih kuat daripada taufan.

Goku mentafsir kekuatan Bezita dan dia tahu lawannya itu sangat kuat. Krillin dan Gohan sendiri agak gusar kemampuan Goku menewaskan Bezita. Namun Krillin menenangkan Gohan dan yakin Goku akan dapat pulang dengan selamat.

Goku membawa Bezita ke satu kawasan lapang. Bezita mentertawakan kuasa saiya Goku yang rendah. Bezita memberitahu, itulah sebab Goku dibuang daripada planet mereka. Namun Goku menjawab yang dia gembira untuk dibuang ke bumi.

Goku mengingatkan Bezita bahawa, seorang yang memiliki kuasa saiya yang rendah tetap mampu untuk menewaskan orang yang dikategorikan pahlawan saiya elit seperti Bezita, dengan latihan dan usaha keras.

Bezita sangat marah dengan kenyataan itu dan bersedia untuk meratah Goku. Pertarungan di antara mereka sangat seimbang dan Goku berjaya mencabar Bezita.

Goku Dan Jurus Kaio

Goku membuka jurus kaio kuasa 2 untuk mengatasi Bezita. Namun Bezita berjaya mengatasi serangan itu kerana dia sudah biasa berhadapan dengan kuasa sekuat itu. Banyak kali!

Guru Roshi dan Bulma cuba menonton pertarungan ‘live streaming’ itu menggunakan bola ajaib milik Baba namun gagal kerana Goku dan Bezita telah menghasilkan tenaga terlalu kuat dan mengganggu gelombang di bumi.

Lalu Bulma menggunakan cermin mata milik Raditz, barulah mereka dapat melihatnya. Goku dan Bezita bertarung sengit dan Goku menambahkan kekuatan jurus kaio beliau kepada kuasa 3.

Dewa Kaio resah kerana takut badan Goku tidak dapat menampungnya. Ia agak mengejutkan dan di luar jangkaan Bezita. Bezita keluar darah. Bezita bengang kerana dia pahlawan elit saiya dan Goku daripada kasta saiya rendah.

Namun Goku berjaya mengatasi kuasanya. Bezita tidak sangka dia akan berhadapan kesukaran menentang pahlawanan buangan seperti Goku sehingga keluar darah. Ini satu penghinaan baginya.

Bezita mendapati pada satu ketika Goku berada di atas kuasa beliau. Apa sudah jadi?

Bezita kemudian memecut laju ke udara melancarkan kuasa meriam beliau untuk menghancurkan terus planet bumi. Namun Goku berjaya menghalang kuasa tersebut dengan gabungan teknik kamehameha + jurus kaio kuasa 3.

Bezita hilang daripada pandangan dan Yajirobe keluar daripada persembunyiannya meraikan kemenangan Goku. Tetapi Goku memberitahu dia masih merasakan ada gelombang daripada Bezita.

Yajirobe pun bersembunyi balik dan ucapkan selamat berjaya buat Goku.

Pusingan Kedua

Bezita muncul semula di hadapan Goku dan memberitahu, dia tidak perlu membuang masa bertarung lama sangat dengan pahlawan kasta rendah. Bezita berbisik:

“Aku harus menanti bulan purnama untuk menghancurkan bumi ini. Ahh! Aku tak percaya aku harus sampai buat begini pada waktu ini.”

Bezita sebenarnya cuba bertukar menjadi gorilla seperti mana Goku pernah buat tanpa sedar ketika kecil. Raja Kaio yang menyaksikan pertarungan itu dari istana beliau menyatakan:

“Mana ada bulan purnama (siang) sekarang ni. Tapi Goku sudah lemah. Lawannya tidak perlu menjadi gorilla untuk mengalahkannya. Lawannya juga sudah lemah.”

Bezita mencari bulan dan dia kelihatan tidak tahu akan kitaran siang dan malam di bumi. Ini apabila Bezita berkata kepada dirinya.

“Ah sial, rupa-rupanya Goku sudah terlebih dahulu menghancurkan bulan purnama.”

Bezita turun semula dan berkata kepada Goku:

“Ternyata kau sudah hancurkan bulan purnama.”

Goku kehairanan. Bezita berkata lagi dalam nada sangat marah:

“Kau jangan pura-pura tak tahu.”

Bezita memberitahu bulan purnarma adalah peluang untuk pahlawan Saiya mendapat kekuatan sehingga 17 juta. Dan kini Goku baru faham kenapa dahulu dia pernah menghancurkan arena pertarungan mereka. Dan itulah juga sebab datunya meninggal dunia.

Bezita sangat mengejutkan semua orang termasuk Raja Kaio. Ini kerana dia telah membuat bula purnarma dengan kuasa yang ada padanya. Itu hanya dapat dilakukan pahlawan elit. Goku pula tidak boleh menjadi gorilla lagi kerana ekornya sudah dipotong.

Bezita menjadi sagat kuat ketika menjadi gorilla itu. Goku mengelakkan diri daripada dibelasah. Dan akhirnya Goku menggunakan jurus matahari untuk menyakitkan mata Bezita. Ia berjaya.

Sementara Bezita sedang sakit mata, Goku mengumpul tenaga untuk menghasilkan bebola semangat. Ia mengambil sedikit masa kerana Goku sudah terlalu banyak menggunakan tenaga.

Namun tak sempat kerana Bezita menyerangnya terlebih dahulu. Goku terlantar di atas tanah dan sedar yang dia memang bukan tandingan Bezita ketika itu.

Ketika sedang lemah, Goku sempat melancarkan serangan ke arah mata Bezita. Dia sempat mengusik:

“Itulah serangan terakhir dari aku.”

Bezita sangat geram ketika itu. Dan menggenggam Goku. Bezita mahu meremukkan Goku di genggamannya. Goku meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi gagal.

Krillin dan Gohan cuba memberikan bantuan. Namun Bezita sangat mudah menepis asakan mereka. Lalu Yajirobe keluar dari persembunyian sekali lagi dan memotong ekor Bezita.

Itulah sebabnya Bezita tiada lagi ekor. Bezita bertukar menjadi biasa sekali lagi. Bezita marah dan mengerjakan Krillin dan Gohan.

Gohan Jadi Halangan Bezita

Bezita kemudian mahu melunaskan misi utamanya terlebih dahulu iaitu membunuh Goku.

“Aku sudah banyak hilang kuasa, tetapi ia masih cukup untuk membunuh kamu semua.” -kata Bezita.

Kemudian barulan Gohan, Krillin dan Yajirobe yang telah memotong ekornya. Namun ketika Bezita membelasah Goku yang sedang lemah, Gohan yang ada darah saiya dan masih berekor telah menjadi gorilla.

Dia membelasah Bezita dan memberikan kesan yang teruk kepada Bezita. Bezita melarikan diri dengan pesawatnya.

Siapa Pemenang?

Dalam pertarungan ini, secara penilaian, Bezita boleh dikira pemenang ke atas Goku. Dalam siri Dragon Ball Z, Goku tidak pernah mengalahkan Bezita.

Ini menjadikan ramai yang berpendapat Bezita adalah pahlawan yang sangat kuat sehinggakan orang seperti Goku pun tak mampu mengalahkannya.

Dalam pertarungan kedua di antara mereka, berakhir seri selepas kedua-dua mereka setuju menamatkan perlawanan dengan seri.

Walaupun Bezita sentiasa menjadi antagonis di antara perseteruan Goku vs Bezita namun Bezita tetap memiliki penyokong yang tersendiri untuk perlawanan ini.


SHARE ()