Tiga tahun yang lalu, salah satu kejadian paling aneh di dalam bola sepak telah berlaku apabila pengadil perlawanan Tony Chapron menyepak seorang pemain sebelum melayangkan kad merah kepada pemain sama.
Insiden aneh tersebut berlaku ketika Nantes menentang Paris Saint-Germain (PSG) di dalam aksi Ligue 1.
Tony Chapron, the French referee who kicked Nantes' Diego Carlos in January, has been banned for six months..
Rightly so! 😒 pic.twitter.com/12B9xJYW9s
— Oddschanger (@Oddschanger) February 2, 2018
Pemain Nantes, Diego Carlos kini beraksi bersama Sevilla secara tidak sengaja menyebabkan pengadil tersebut tersandung ketika sedang berlari.
Chapron nyata hilang pertimbangan kerana dijatuhkan, bertindak balas menyepak kaki pemain itu, sebelum melayangkan kad kuning kedua dan kad merah untuk arahan keluar padang.
Selepas siasatan dilakukan, kad kuning Chapron ditarik balik oleh Ligue 1. Chapron yang bergelar pengadil sepenuh masa sejak 1998 pula digantung selama enam bulan kerana tindakannya yang jelas disebabkan hilang pertimbangan.
Pengadil berusia 48 tahun itu bagaimanapun terus bersara dan menukar kini bekerja di dalam bidang penyiaran.
Referee Tony Chapron oddly refuses to give Zlatan Ibrahimovic match ball after his hat-trick v Lorient pic.twitter.com/6X0zZeqg6P (via @jplusun)
— Tom Williams (@tomwfootball) March 24, 2015
Jika kejadian tersebut tidak cukup melucukan, Chapron turut mempunyai penjelasan yang aneh untuk tindakannya itu.
“Apabila saya berlanggar dengan Diego Carlos, saya merasa kesakitan di mana saya pernah mengalami kecederaan sebelum ini. Ia adalah tindakan refleks ang teruk. Saya menghulurkan kaki kepada pemain tersebut. Ia adalah tindak balas yang tidak sepatutnya.”
Chapron turut pernah diulit kontroversi kerana enggan memberikan bola perlawanan kepada Zlatan Ibrahimovic yang menjaringkan hatrik untuk PSG menentang Lorient pada 2015, dan menuduh pemain dari Sweden itu tidak beradab. Kedua-duanya bertengkar di dalam padang selepas perlawanan ditamatkan.