Mengejutkan! Ronaldo Enggan Jadi Kapten, Lilitkannya Pada Matuidi Tanda Hormat

Cristiano Ronaldo seringkali dikaitkan dengan gelaran seperti aroganaldo, merujuk kepada sikap angkuhnya di atas padang.

Beliau memang seorang yang ada keangkuhan, tetapi itu sudah biasa dalam diri pemain. Cuma keangkuhan itu hanyalah untuk motivasi bukannya lebih daripada itu.

Dalam aksi menentang Udinese, Ronaldo melakukan sesuatu yang menutup mulut pengkritik beliau. Ternyata Ronaldo tetap seorang yang merendah diri dan profesional.

Ronaldo diberikan lilitan kapten oleh Gonzalo Higuain. Namun pemain itu menolak untuk memakainya. Sebaliknya beliau menyarungkannya pada seorang lagi rakan sepasukan iaitu Blaise Matuidi.

Tindakan sporting oleh Ronaldo itu membuatkan ramai yang kagum dan memberikan respect kepada pemain tersebut.

Blaise Matuidi telah bermain untuk Juventus sejak 2017, lebih lama daripada Ronaldo yang menyertai pasukan itu pada 2018.

Atas dasar merasakan Matuidi lebih berhak, Ronaldo tidak berlengah untuk menyarungkan lilitan kapten itu kepada Matuidi.

Selepas membantu Blaise Matuidi menyarung lilitan tersebut, pemenang ballon d’or 5 kali itu memeluk Blaise Matuidi dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kaptennya itu.

https://twitter.com/Cr7Fran4ever/status/1206348537845485570

Ia detik yang sangat menyentuh hati ramai pihak apabila Ronaldo masih merasakan dirinya bukan pemain paling besar di dalam pasukan. Kerana ada pemain lain yang beliau iktiraf lebih berhak menjadi kapten mereka.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, Blaise Matuidi sendiri terkejut dengan tindakan Ronaldo dan menganggap tindakan itu sebagai world class ditunjukkan pemain world class.

Sebelum ini Jose Mourinho pernah memuji Critiano Ronaldo, yang disifatkan bukan sahaja kapten tetapi seorang pemimpin.

Itu yang membezakan seorang ‘hanya seorang kapten’ dengan seorang pemimpin.

https://twitter.com/i/status/1206453904675766273

Malah, Mourinho pernah membandingkan karakter Ronaldo dengan Javier Zanetti dan John Terry sebagai memiliki aura yang sama apabila di dalam padang.

“Apabila ada pemain seperti Javier Zanetti dan John Terry di dalam padang, kamu akan lebih senang dengan hanya fokus kepada kerja-kerja jurulatih. Kerana di atas padang, mereka tolong kamu mengawal pasukan.”

“Kapten dengan pemimpin adalah jauh bezanya. Apabila kamu ada kedua-duanya maka kamu sudah selangkah di hadapan kapten yang lain.”

Pada 2016, Ronaldo pernah menunjukkan aura kepimpinannya di tepi padang membantu menaikkan semangat rakannya yang berjuang dalam aksi final Euro.

Ketika itu Ronaldo cedera dibentes Dmitri Payet. Ronaldo berjaya menjulang trofi major pertama di peringkat antarabangsa untuk negaranya.

Ronaldo turut menjaringkan 2 gol untuk membantu Juventus menang 3-1 ke atas Udinese, bagi meneruskan cabaran mereka untuk mempertahankan Serie A.

Pada usianya sudah 34 tahun, Cristiano Ronaldo masih berada di kelompok pemain-pemain elit di dunia. Beliau kelihatan masih memiliki kudrat untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

Ronaldo dan Juventus masih pasukan pilihan untuk menjuarai Serie A musim ini. Dan misi utama mereka pastinya Liga Juara-Juara Eropah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.