Mendy Langgar SOP Dengan Menerbangkan Gadis Dari Greece Ke Rumahnya

Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa pemain Manchester City, Benjamin Mendy telah melanggar peraturan Covid buat kali yang kedua.

Laporan terbaru mendedahkan bahawa beliau telah menerbangkan seorang gadis dari Greece ke rumahnya di Cheshire.

Mendy sebelum ini dilaporkan telah melanggar peraturan dan garis panduan pandemik pada Disember lalu dengan mengadakan acara sambutan tahun baru dengan menjemput ramai orang.

Walau bagaimanapun, kini terdapat laporan yang menyatakan bahawa pemain berusia 26 tahun itu turut melanggar peraturan Covid pada musim panas lalu.

Beliau telah menerbangkan seorang gadis bernama Claudia Marino dari Athens ke Britain pada lewat Jun lalu.

Pihak kerajaan sudah menetapkan bahawa sesiapa saja yang tiba di UK pada 6 Jun perlu menjalani proses kuarantin selama dua minggu.

Namun, menurut akhbar The Sun, Mendy meminta gadis berusia 22 tahun itu untuk tinggal saja dirumahnya kerana yakin tiada siapa akan datang memeriksa mereka.

Claudia kemudiannya terbang semula ke Greece pada awal Julai dan dilaporkan menerima pesanan dari Mendy supaya memadam video di Instagramnya yang memperlihatkan ruang dalam rumah pemain City itu.

Kedua-dua mereka berkenalan melalui media sosial dan ia sesuatu hal yang biasa seperti orang lain memandangkan waktu itu seluruh dunia menjalani perintah berkurung.

Walau bagaimanapun, perkenalan mereka tidak sekadar berakhir di ruangan sembang di media sosial sahaja.

“Saya bukan naif dan saya tahu apa yang pemain bola sepak suka, dan saya cuma fikir ia sekadar pengalaman.”

Jelas Claudia Marino kepada The Sun.

“Dia masih sendirian jadi saya tidak menyakiti sesiapa. Kami minum bersama dan ketawa bersama. Satu hari dia bawa saya ke Leeds untuk bertemu doktor giginya.”

Mendy dilaporkan sudah meminta maaf atas apa yang berlaku pada malam tahun baru lalu, yang mana beliau dikatakan telah meminta agensi untuk menghantar seorang wanita seksi dari benua latin ke rumahnya.

Manchester City telah mengumumkan siasatan terperinci berkait acara tersebut. Walau bagaimanapun, pengurus kelab Pep Guardiola mempertahankan pemainnya tidak bersalah.

“Sudah tentu ianya tidak betul, tetapi jangan terlalu cepat menilai dia.”

Jelas Guardiola.

“Ramai lagi orang yang melakukan hal sama pada malam tahun baru dan ia sangat mudah untuk dinilai.”

“Mereka juga harus memikul tanggungjawab seperti semua orang lain di UK dan dunia dan mereka harus ikut peraturan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.