Memphis Depay: Van Dijk Patut Sertai Man United Bukan Liverpool

Bekas pemain sayap Manchester United iaitu Memphis Depay berkongsi kekecewaannya ketika mendapat tahu kapten pasukan kebangsaannya, Virgil Van Dijk menyertai Liverpool dan bukannya Manchester United.

Depay merupakan pemain flop di Man United namun beliau mendapat semua rentak cemerlang ketika bersama dengan Lyon.

Beliau kini menjadi rebutan banyak pasukan sekali lagi. Namun jiwa Depay tetap seorang Red Devils sejati.

Van Dijk menyertai Liverpool pada 2018 dengan rekod terbesar untuk pemain bek tengah iaitu £75 juta. Beliau meninggalkan Southampton.

Namun harga itu jelas sekali sangat berbaloi apabila pemain pertahanan tengah itu membantu pasukan Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

Van Dijk turut membantu Liverpool memenangi Piala Super Eropah dan juga Piala Dunia kelab.

Ketika ini Liverpool berada di tangga teratas EPL dengan beza 25 mata daripada pasukan di tangga kedua.

Liga perdana inggeris terpaksa ditangguhkan seketika kerana isu covid-19.

Beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik Eropah 2019. Dua kali berada di belakang Lionel Messi untuk anugerah Ballon D’Or dan FIFA Best.

Namun selepas itu, Man United memecahkan rekod tersebut dengan mendapatkan Harry Maguire dengan harga £80 juta.

Harry Maguire merupakan pemain kebangsaan pasukan England. dan kini beliau telah menjadi kapten pasukan Manchester United di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi menurut Memphis Depay, Virgil Van Dijk sepatutnya menyertai mereka di Man United pada dua tahun yang lalu.

Depay memuji kepimpinan Van Dijk dan ancaman yang dihadirkannya ketika di dalam kotak penalti.

Depay mencipta satu lagu rap khas untuk Virgil Van Dijk.

“It is on,”

“Captain of the nation, What move will he make?”

“And I didn’t forget, The days in the rain,”

“He is a leader, woah,”

“He is the boss on the field,”

“He comes in with corners,”

“Header, With great force, woah”

“He doesn’t take anything from anyone, just money,”

“Van Dijk, he is everyone’s Dutch hero,”

“Van Dijk, watch out, he strikes”

“You know, we don’t lie,”

“Dutchman, he is fly,”

“Van Dijk, man. I wish you signed man, not for Liverpool, but for Man United.”

Van Dijk dilantik menjadi kapten pasukan kebangsaan Belanda yang kini dibimbing oleh Ronald Koeman.

Mereka berjaya mara ke final Piala Negara Eropah pada musim lalu. Namun tewas di tangan Portugal.

Sejak menyertai Liverpool, beliau menjadi pemain penting Jurgen Klopp. Malah beliau turut menjadi kapten ketiga pasukan selepas Henderson dan James Milner.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.