Pemain penyerang Lazio, Ciro Immobile sungguh berapi lagi tajam tak boleh bawa bincang musim ini apabila telah menjaringkan 25 gol musim ini dalam 21 perlawanan.
Jumlah jaringan per perlawanan yang dilakukan oleh Ciro Immobile ini tidak pernah dilakukan oleh seorang pemain pun dalam tempoh 6 dekad ini.
Manusia terakhir yang melakukan rekod yang sama di Serie A adalah Antonio Valentin Angelillo pada tahun 1959 bersama Inter Milan.
📊 Máximos goleadores Serie A 2019-20 tras 22 jornadas.
🔥 Ciro Immobile pic.twitter.com/odkcr55bJN
— Soy Calcio (@SoyCalcio_) February 4, 2020
Antonio Valentin Angelillo juga telah mencatatkan 25 jaringan dalam 21 perlawanan pada zaman itu.
Pemain berusia 29 tahun itu kini mendahului carta untuk anugerah kasut emas Eropah, tiga gol lebih di depan Robert Lewandowski.
Immobile merupakan penjaring terbanyak Serie A pada musim 2013/14 dan berkongsi bersama Mauro Icardi pada musim 2017/18.
💥 Die Top-Torjäger in 🌍
🇩🇪 @lewy_official – 22
🇮🇹 @ciroimmobile – 25
🏴 @vardy7 – 17
🇪🇸 Lionel Messi – 14
🇫🇷 @WissBenYedder – 15
🇹🇷 Alexander Sörloth – 16
🇨🇭Jean-Pierre Nsame – 16
🇦🇹Shon Weissman – 17 pic.twitter.com/OLiZtJRURa— UEFA.com DE (@UEFAcom_de) February 4, 2020
Jika mampu mengekalkan rentak jaringan ini, Immobile mampu memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman dalam semusim di Serie A.
Rekod itu telah dipegang Gonzalo Higuan yang dicipta pada musim 2015/16 bersama Napoli dengan 36 gol semusim di Liga Itali.
Dalam perlawanan menentang SPAL, Immobile telah menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol ketika membantu Lazio menang 5-1.
Gol kedua peribadi daripada Immobile dalam perlawanan itu terhasil melalui satu bola lambung jahat dari luar kotak penalti.
¡Los máximos 𝒌𝒊𝒍𝒍𝒆𝒓𝒔 de las 5 grandes ligas europeas!
2⃣5⃣ Ciro Immobile
2⃣2⃣ Robert Lewandowski
2⃣0⃣ Timo Werner
1⃣9⃣ Cristiano Ronaldo
1⃣7⃣ Jamie Vardy
1⃣6⃣ Romelu Lukaku
1⃣6⃣ Kun Agüero
1⃣5⃣ Ben Yedder
1⃣4⃣ Leo Messi¿Qué jugador se llevará la #BotaDeOro 19/20? pic.twitter.com/aN4dXkj85a
— VERSUS (@VERSUSapuestas) February 4, 2020
Immobile menerima bola dan membuat larian solo dari tengah padang dan cabaran daripada pemain pertahanan SPAL berjaya diatasi.
Namun penjaga gol SPAL meluru keluar memaksa Immobile membawa bola ke hujung kotak penalti dan terus dirapati penjaga SPAL.
Immobile berpatah balik dan keluar sedikit dari kotak penalti selepas terus dirapati penjaga gol SPAL.
Immobile berpusing-pusing menyebabkan penjaga SPAL melilau mengekori pergerakan penyerang Lazio itu.
Akhirnya ruang berjaya dicari Immobile dengan satu sepakan lob dilepaskan menuju ke gawang yang tidak dikawal.
Ciro Immobile, mate. What a class finish. pic.twitter.com/JUesHEXjhT
— What If Football (@WhatIf_YouTube) February 2, 2020
Setakat ini dalam semua 28 perlawanan musim 2019/20 menyaksikan Immobile telah menjaringkan 28 gol dan mencipta enam bantuan gol.
Dengan jumlah jaringan Immobile ini telah membantu Lazio menjadi pasukan kedua mempunyai jentera serangan yang padu di Italy.
Lazio telah menjaringkan 52 gol setakat ini dengan tujuh gol di belakang Atalanta.
🇮🇹 @CiroImmobile for @OfficialSSLazio this season:
🏟 28 Games
⚽️ 28 Goals
🎯 6 Assists🇪🇺 First player in Europe's top five leagues to score 25 league goals this season.
🥇 Leading the race for the European Golden Shoe.
🔥 On Fire. pic.twitter.com/1j6LDEL2DJ
— SPORF (@Sporf) February 2, 2020