Media Indonesia Kongsi Kisah Sedih Kapten Super Six, Mantan Teammate Bambang Pamungkas

Melaka United juga dikenali sebagai MU, selepas ia dijenamakan semula dalam revolusi bola sepak Melaka beberapa tahun lalu.

Melaka merupakan sebuah pasukan yang beraksi di Liga Super. Jika EPL ada big six dengan menyenaraikan sebuah lagi MU iaitu Manchester United, di Malaysia, MU (Melaka United) juga berjaya menjaga status mereka sebagai Super Six.

Big Six England merujuk kepada Manchester United, Manchester City, Arsenal, Liverpool, Chelsea, dan Tottenham. Ini kerana 6 pasukan ini kuasa utama bola sepak di sana termasuk dalam kuasa dana dan publisiti.

Di Malaysia, ada 6 pasukan digelar Super Six. Pengiktirafan itu dibuat oleh CEO MFL iaitu, Kevin Ramalingam pada Julai lalu. Salah satu sebabnya adalah kemampuan mereka menjana pendapatan dan pengurusan kewangan yang baik.

Beliau berkata kepada wartawan Arena Metro:

“Saya tidak mengatakan pasukan terbabit tidak cukup bagus cuma jika mahu mencapai tahap Liga Super perlu mempunyai struktur kewangan kukuh, jalinan kuat bersama penyokong mereka, kemudahan lengkap dan mampu menjana pendapatan sendiri.”

“Sekarang ini, hanya ada enam pasukan saja yang memenuhi kriteria terbabit dan selebihnya mempunyai masalah tertentu. Jadi bagaimana mahu mencari 16 pasukan untuk saingan Liga Super.

“Ada juga pasukan Liga Super yang dihadiri 200 hingga 300 penyokong saja sekali gus melihat hubungan bersama peminat masih lagi kurang memuaskan.”

Sementara itu, pasukan lain selain daripada 6 pasukan tersebut dianggap tak berapa nak super.

Namun apa yang berlaku, MU telah ‘mendunia’ ke Indonesia kerana berita para pemainnya yang tidak dibayar gaji.

Ironinya, semalam MU di England baru mengumumkan keuntungan beratus juta mereka. MU di Malaysia pula bergelut nak melangsaikan tunggakan gaji pemain.

Indosport menulis tentang mantan rakan Bambang Pamungkas (merujuk kepada Shukor Adan) telah melakukan curhat (curahan hati) menerusi media sosial.

Shukor Adan dan Bambang pernah bersama-sama menyarung jersi pasukan Selangor yang ketika itu dikendalikan Dollah Salleh.

Bambang dan Shukor Adan merupakan teman rapat di dalam dan di luar padang.

Pengurus pasukan MU, mengesahkan pasukan itu memang ada masalah tunggakan gaji. Namun perkara itu pernah berlaku sebelum ini, dan MU tetap mampu melangsaikan tunggakan itu.

Beliau optimis penyelesaian akan dicapai apabila para penaja membayar kesemua tajaan yang dijanjikan.

Dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Melaka dan Pahang, Shukor Adan tidak mahu bermain kerana beliau buat masa ini tiada hati untuk bermain.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin menghomarti keputusan Shukor itu. Dan tak pasti pemain itu akan bermain pada Ahad ini menentang Pahang di Kuantan.

Yusoff Mahadi turut meluangkan masa untuk bersua dengan para pemain ketika sesi latihan.

Walaupun keadan agak keruh, namun media Melaka United mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Shukor Adan. Selamat Hari Jadi Shukor Adan daripada kami di Sukan

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.