Lionel Messi kini berkemungkinan besar akan menukar fikiran untuk menyertai Manchester City dan akan kekal bersama Barcelona sehingga kontraknya tamat pada musim panas 2021.
Perkembangan terbaru ini adalah plot twist terkini selepas ayah kepada pemain itu, Jorge, melakukan pertemuan dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.
Manchester City sebelum ini dilihat sebagai destinasi seterusnya buat Messi sekiranya meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini – selepas pemain itu menyerahkan surat tuntutan perpindahan melalui fax pada bulan lalu.
Namun laporan oleh sebuah media Argentina melaporkan Messi mungkin terpaksa mengubah fikiran dan membuat u-turn mengenai keputusannya itu.
Messi's situation could take an unexpected U-turn. Barça remain firm in saying that the club who want to sign Messi, have to pay the Argentine's release clause of 700 million euros, and there is no club that will pay such an extraordinary amount of money. [@verobrunati] pic.twitter.com/p3M6bhGrnk
— barcacentre (@barcacentre) August 28, 2020
TyC Sports dalam laporannya berkata, hampir 90% kemungkinan Messi akan kekal di Barcelona. Dan pemain itu dipercayai akan membuat keputusan (muktamad) pada hari ini, sebelum memberi fokus kepada saingan musim baharu.
TyC berkata perkembangan terbaru mengenai masa depan Messi ini adalah berdasarkan pertemuan Jorge dan Bartomeu semalam yang dikatakan berlangsung dengan tegang.
Barcelona dilaporkan menutup segala pintu rundingan untuk klausa perpindahan €700 juta pemain itu dikurangkan, dalam usaha mereka mengekalkan pemain itu di Nou Camp.
Lionel Messi has now made a dramatic u-turn on his future this summer. 😬 https://t.co/S18PGw4CgI
— SPORTbible (@sportbible) September 3, 2020
Jika Messi kekal bersama Barcelona sehingga tahun hadapan, maka beliau boleh pergi secara percuma pada musim panas akan datang.
Perkembangan terbaru ini juga mengejutkan ramai setelah Jorge semalam berkata sukar untuk membayangkan anaknya kekal di kelab LaLiga itu.
Jorge turut mengesahkan beliau belum berhubung dengan Pep Guardiola mengenai perpindahan ke Premier League.