McGregor Pilih Khabib Nurmagomedov

Petarung UFC, Conor McGregor sebelum ini mengesahkan beliau akan kembali ke octagon dan sudah tahu siapakah bakal lawannya nanti.

Cuma Conor McGregor enggan mendedahkan kepada umum tentang perkara itu. McGregor dijangka akan diumum turun beraksi dalam UFC Moscow dalam masa terdekat ini.

Urusan kontrak sedang diuruskan oleh wakil McGregor dengan UFC.

McGregor kali terakhir bertarung di dalam UFC pada kekalahan di tangan Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018 yang lalu. Sudah setahun beliau tidak beraksi.

McGregor kemudian membincangkan tentang pertarungan yang melibatkan musuh utamanya, Khabib Nurmagomedov yang dijangka akan bertemu dengan Tony Ferguson.

McGregor sebelum ini sudah berkali kali meminta Dana White untuk mengaturkan pertarungan ulangan beliau dengan Khabib. Namun ia tidak dilayan oleh Dana White dan juga ke Khabib.

Ini kerana menurut Dana White, mereka mahu memberikan mereka yang lebih layak untuk berhadapan dengan Khabib yang merupakan pemegang tali pinggang UFC.

Khabib Nurmagomedov sendiri merasakan adalah tidak adil kepada petarung lain jika McGregor terus memotong barisan untuk acara utama.

Khabib Nurmagomedov pernah menewaskan Conor McGregor dalam pertemuan terakhir mereka.

Bercakap tentang pertarungan yang dijangka akan melibatkan Nurmagomedov dengan Tony Ferguson, Conor yakin Khabib akan menang dalam pertarungan itu.

“Itu pertarungan yang sangat menarik. Saya meramalkan Khabib akan menewaskan Tony Ferguson. Namun kita harus melihat juga keadaan.”

“Dalam UFC ini sesiapa sahaja boleh menang. Tony seorang petarung yang hebat. Beliau sangat, sangat kuat.”

Ramai merasakan Tony Ferguson merupakan calon terbaik ketika ini untuk menamatkan rekod kemenangan 28-0 Khabib. Tetapi McGregor berpandangan berbeza.

McGregor menggariskan dalam beberapa pertarungan terakhir Ferguson, petarung itu menunjukkan ada tanda-tanda ‘peak’ beliau sudah merosot.

Ferguson kerapkali melakukan kesilapan ketika bertahan walaupun sudah menang 12 pertarungan terakhir beliau secara beturutan.

Apabila seseorang itu sukar untuk bertahan dengan kemas di atas octagon, mereka akan berhadapan dengan masalah besar apabila berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov.

“Namun begitu, masa beliau sudah berlalu dan beliau sukar untuk menewaskan pertarung-petarung di bawahnya.”

“Jadi, saya akan memilih Khabib untuk menang pertarungan itu.”

Dengan kenyataan McGregor ini, ia semakin hampir mengesahkan bahawa pertarungan seterusnya untuk Khabib Nurmagomedov adalah menentang Tony Ferguson.

Sebelum ini sudah 4 kali pertarungan di antara kedua-duanya dibatalkan kerana pelbagai masalah yang tak dapat dielakkan.

Sebelum ini laporan ESPN menyatakan pertarungan di antara Khabib dan Tony mungkin akan berlangsung di Amerika Syarikat kerana ia akan lebih mengaut banyak wang.

Namun kem Khabib masih berusaha mahu memastikan pertarungan itu dibawa ke Moscow, Rusia yang merupakan negara kelahiran Khabib Nurmagomedov.

Sama-sama kita nantikan pengumuman tentang pertarungan ini termasuk di mana venue dan tarikh.

Sumber: MMA Fighting

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.