McGregor: Khabib Pengecut, Dulu Pun Menang Nasib, Saya Patut Menang 3-1

Conor McGregor mengulangi kenyataannya bahawa Khabib Nurmagomedov menolak cabaran yang dilontarkannya untuk rematch.

Sudah beberapa kali Conor McGregor sebelum ini melontarkan cabaran ke atas Khabib dan meminta Dana White mengatur rematch untuk mereka.

Namun ianya gagal!

McGregor mahu membalas dendam di atas kekalahannya di tangan Khabib Nurmagomedov.

McGregor menyataka perkara itu dalam wawancara pertama beliau bersama UFC sejak kembali semula secara rasmi.

Malah petarung UFC dari Ireland itu juga memberitahu bahawa, Khabib gerun akan potensi bahawa mereka akan bertemu semula di masa akan datang.

“Dia (Nurmagomedov)goyang (trembling). Dia seorang pengecut. Dia tak mahukannya. Dia tak inginkan pertarungan ulangan antara kami.”

“Dia cuba untuk mengelak kekalahan sekali lagi. Saya dah dapat menghidu tindak tanduknya.”

“Dia pengecut, itu sahaja.”

“Semua orang mahukan pertarungan ulangan ini. Bos Dana White mahukannya. Kita semua mahukannya. Dia boleh megelak namun dia tak boleh menyembunyikan diri.”

“Saya sudah tak sabar untuk bertarung semula dengan dia.”

Kedua dua petarung bertemu di octagon pada Oktober 2018 dalam acara utama UFC 229. Di mana Nurmagomedov ketika itu menewaskan McGregor dengan tap out oleh Conor McGregor pada pusingan keempat.

McGregor mengakui dia silap percaturan sehingga dikunci McGregor pada pusingan keempat.

Namun McGregor menyatakan secara statistik dia adalah pemenang jika pertarungan itu tak berakhir dengan tap out.

Hal ini kerana McGregor percaya, dalam perlawanan itu Khabib tidak banyak menyerangnya dan hanya melarikan diri mengelak daripada pertarungan terbuka.

“Saya rasa saya menang pusingan pertama. Saya mengatasi Khabib 3-1. Ok, dia dapat saya pada posisi tersebut, tetapi saya menang 3-1 secara kiraan.”

“Apa yang dia  buat pada pusingan pertama? Pusingan kedua dia buat apa?”

“Lihatlah betapa agresifnya saya ke atas Khabib ketika itu. Dia pula hanya tahu melarikan diri di sekitar octagon.”

“Dia bernasib baik sedikit pada pusingan kedua kerana dia beraksi baik. Namun apa berlaku selepas itu? Saya memenangi kembali pusingan ketiga. Termasuk pembukaan pusingan keempat, saya lebih baik.”

“Saya menang pusingan keempat sehingglah dia dapat mengunci saya.”

Khabib sebelum pernah menepis dakwaan beliau takut berlawan semula dengan McGregor. Namun Khabib lebih mengutamakan pertarungan atas semangat kesukanan.

Di mana, siapa lawan yang berhak merebut tali pinggang kejuaraan, maka itulah yang harus diberikan laluan terlebih dahulu.

Kedua dua petarung UFC itu kini dalam rangka persiapan rapi untuk pertarungan mereka yang seterusnya.

Khabib Nurmagomedov sedang mempersiapkan diri untuk aksi berhadapan dengan Tony Ferguson pada April yang akan datang.

Manakala Conor McGregor akan bertarung berhadapan dengan Donald Cerrone dalam aksi kepulangan semula beliau ke kancah UFC.

McGregor masih berharap akan dapat bertemu semula dengan Khabib Nurmagomedov selepas ini bagi membalas dendam di atas kekalahannya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.