McGregor Dan Mayweather Bakal Bertemu Di Octagon?

Kini sedang kecoh di beberapa dada akhbar menyatakan mungkin akan ada pertarungan Conor McGregor dan Floyd Mayweather II. Namun ianya akan berlaku di octagon.

Menurut sumber Gareth Davies, beliau merasakan yang 2 petinju itu berpotensi akan merealisasikan pertarungan kedua yang bernilai sekitar $500 juta. $100 juta lebih tinggi daripada sebelum ini.

Bulan lalu McGregor mengumumkan beliau kini dalam persediaan untuk kembali ke octagon selepas kali terakhir beraksi di situ pada November 2016.

Berita itu semakin panas apabila Mayweather dilihat sudah berlatih di gym latihan UFC. Beliau memuat naik video di twitter beliau.

Ianya disambut dengan sokongan oleh McGregor yang reweet status tersebut dengan kapsyen ‘bagus, teruskan usaha nak. Ikhlas daripada ayah (senior)’.

McGregor menganggap Mayweather ibarat anak dalam dunia UFC dan dia adalah seperti ayah.

Bekas juara UFC middle weight, Michael Bisping merasakan yang Mayweather akan lunyai di octagon jika menyahut cabaran itu.

“Jika benar pertarungan Mayweather dan McGregor di dalam sangkar UFC, saya akan pilih McGregor sebagai pemenang. Kita bakal saksikan Mayweather kalah dan dia akan merasai penderitaan yang dia tak pernah rasa dalam hidup.”

“Anda tanya adakah saya akan tonton pay per view? Sudah tentu sebab pertarungan itu lebih baik daripada menyaksikan McGregor di gelanggang tinju sebelum ini.”

“Saya masih tak faham apa dalam kepala dia dahulu sampai sanggup bertarung di gelanggang tinju. Mungkin niat asal dia nak troll Mayweather dan akhirnya ada orang rasakan ia idea yang bagus untuk dijual.”

Legenda tinju Oscar De La Hoya pula tidak rasa yabg Mayweather akan ke octagon.

“Dia tak akan ke octagon. Floyd tahu orang suka bercerita tentang beliau dan dia sengaja melayan perhatian itu dengan menampakkan yang beliau seperti beeminat dengan idea pertarungan di octagon.”

Kini ramai yang menunggu jika pertarungan ini menjadi kenyataan sekali lagi selepas Conor McGregor berkali-kali mencabar Floyd Mayweather untuk pertarungan ulangan di Octagon pula.

Dalam pertarungan pertama di gelanggang tinju, McGregor tewas dengan TKO di T-Mobile Arena.

Di kala ramai orang memuji ketahanan McGregor yang mampu bertahan sehingga pusingan ke-10,Mayweather kemudian tampil dengan kenyataan beliau sebenarnya melayan sahaja aksi McGregor supaya pertarungan nampak sengit.

Jika pertarungan ini direalisasikan sekali lagi sudah pastinya ia akan menjadi pertarungan dengan nilai komersial yang sangat tinggi. Namun ramai juga yang merasakan pertarungan ini memang lebih kepada lagak publisiti berbanding dengan kesukanan.

Adakah ia bakal berlaku?

Siapa tahu tiba-tiba Mayweather benar-benar menyahut cabaran Conor McGregor

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.