Conor McGregor nampaknya panas hati dengan Dana White. Ianya gara-gara kenyataan terbaru White yang meminta McGregor untuk sedar diri.
Menurut White, Conor McGregor bukan lagi orang yang sama dengan beliau yang dahulu, di mana ketika itu McGregor merupakan petarung UFC paling hebat.
Dana menyatakan ketika ini adalah masa Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor harus menerima keadaan dan bermula dari bawah sekali lagi.
McGregor sebelum ini mendesak agar Dana White merealisasikan pertarungan ulangan dengan McGregor namun ianya tidak dilayan.
Dana White juga menolak cadangan McGregor yang mahu bertarung dengan Frankie Edgar. Ini kerana peraturan UFC, jika 2 petarung ada beza 2 kelas kategori berat, ianya tidak digalakkan untuk bertarung.
Ia bakal memberikan impak yang besar kepada petarung, sama ada mereka yang mahu menurunkan berat ataupun mahu menaikkan berat terlalu drastik.
McGregor sangat bengang kerana layanan yang diberikan oleh White kepada beliau.
Ayat yang lebih membuatkan McGregor marah adalah: “Khabib adalah orang yang paling utama sekarang ini. Bukan lagi Conor” jelas Dana White.
“Jadi Khabib boleh duduk dan menantikan cabaran (besar) yang akan tiba.”
Conor McGregor masih lagi mahu bertemu dengan Khabib Nurmagomedov. Namun petarung dari Rusia itu sebelum ini memperlekehkan McGregor dengan berkata: “Saya hanya akan bertarung dengan Conor jika ia memberikan kepentingan kepada projek bercucuk tanam saya.”
Khabib menegaskan keutamaan beliau adalah perlawanan yang atas aspek kesukanan bukannya kerana wang semata-mata.
Khabib dijangka akan dijadualkan bertemu dengan Tony Ferguson selepas ini. Khabib menganggap Tony jauh lebih layak daripada Conor kerana petarung itu sedang dalam prestasi cemerlang dan berhak untuk betarung dalam pertarungan yang menawarkan tali pinggang kejuaraan.