Paulie Maglinaggi telah memprovokasi McGregor sebelum beliau diajar ‘menari’ pula oleh McGregor di dalam gym.
Bekas juara dua kategori berat tinju dunia, Paulie Maglinaggi telah ‘diajar’ oleh McGreggor minggu lepas. Beliau dilantik oleh Showtime untuk menjadi penganalisis pra-perlawanan antara Floyd Mayweather vs Conor McGregor, ada pendapat beliau sendiri tentang McGregor.
Sebelum ini beliau telah membuat kenyataan ingin membelasah jambang McGregor sekiranya bertemu. Kenyataan itu mendapat reaksi pantas daripada McGregor yang kemudian mengaturkan pertemuan dan mengajak Paulie untuk sparring dengannya.
Paulie menerima jemputan McGregor untuk ke kem latihannya, dan kemudian setelah sesi itu McGregor telah memuatnaik gambar ini di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on
Adakah ini satu helah permainan minda dari McGregor?
Adakah skill tinju McGreggor terlalu bagus untuk dihadapi Paulie, seorang peninju professional dan bekas juara dunia? Atau mereka sengaja mencipta drama menambah kehangatan untuk membantu jualan tiket seperti yang dikomen oleh Nick Diaz?
Adalah sangat pelik jika dilihat seorang peninju professional yang masih aktif seperti Maglinagggi sengaja membenarkan seorang fighter UFC memuatnaik gambar untuk diketawakan oleh orang ramai. Perkara ini akan menjejaskan imej beliau sebagai peninju.
Apapun perkara dah berlaku, Maglinaggi juga ada memberikan komen tentang sparring beliau dengan McGregor.
Menurut Maglinaggi ia adalah satu pertarungan sebenar.
“Beliau (McGreggor) ada perancangan sendiri. Ia bukan seperti yang semua orang fikirkan, beliau sentiasa ada perancangan dalam pertarungan. McGreggor ada kaedah sendiri untuk mengeluarkan ‘kegilaannya.’
Beliau sangat terpelajar. Terdapat banyak provokasi dan kata-kata kesat antara kami. Kami bertarung selama lapan pusingan, beliau benar-benar menguji fizikal saya. Pertarungan antara kami sangat tegang, saya tidak boleh bersenang lenang dan memandang rendah kepadanya.
Beliau adalah seorang fighter, dan saya adalah seorang peninju, kami masuk ke dalam gelanggang sambil memaki sesama kami dan bertarung. Akhirnya bila dikenang kembali ia adalah pertarungan yang menarik.
Selama ini tiada siapa yang mampu melawan kata-kata kesat saya, tetapi McGreggor mampu. Beliau ialah seorang penutur kata kesat yang bagus. Itu adalah satu keseronokan bagi saya.”
View this post on InstagramA post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on
Maglinaggi kemudian memberikan nasihat kepada Mayweather,
“Anda masuk ke gelanggang dan telah kaji bahawa McGreggor mempunyai tangan kiri yang besar dan padu.
Jadi sudah tentu anda sentiasa akan bersedia dengan tangan kirinya, tetapi secara tiba-tiba nanti McGreggor akan ubah pula taktikalnya menggunakan tangan kanan tanpa sempat disedari anda. McGreggor sentiasa ada surprise.
Beliau tidak akan menyerah dengan mudah, beliau sangat efektif dengan apa yang dilakukannya. Terdapat kaedah untuk menaikkan kegilaannya.
Beliau dan pasukannya sedang usahakan sesuatu yang istimewa untuk pertarungan itu. Saya pasti pertarungan itu nanti akan menjadi sangat seronok dan menarik untuk ditonton.”
McGreggor diihat sangat teruja dengan debutnya dalam boxing. Beliau mengkaji video, taktik, pergerakan dan segala yang diperlukan dalam boxing. Latihannya sangat berdisiplin, setiap hari beliau melakukan rutin yang berbeza.
Kegigihan beliau adalah jelmaan Rocky Balboa di dunia nyata. Beliau juga berkali diingatkan dan menghafal setiap peraturan untuk mengelakkanya daripada disqualified.
View this post on InstagramA post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on
Pengadil yang tersenarai dalam Hall Of Fame Boxing, Joe Corez berkata, beliau dipanggil oleh pasukan McGregor untuk memberinya penerangan dan mengawasi tindak-tanduk McGregor di dalam latihan.
McGregor tidak main-main di dalam hal ini, beliau kelihatan begitu serius ingin menang.
“Mereka melantik beberapa orang pengadil termasuk saya untuk mengajar McGregor tentang peraturan dalam tinju, ini untuk memastikan tiada kesilapan yang akan dilakukan McGregor pada malam pertarungannya dengan Floyd Mayweather di T Mobile Arena, Las Vegas nanti.
Jadi kami hanya menunjukkan kepadanya perkara yang boleh dan tidak boleh dan berharap beliau akan mengikuti garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan.” –Joe Cortez
Pengadil berusia 73 tahun itu disenaraikan dalam International Boxing Hall Of Fame pada tahun 2011. Sepanjang kariernya beliau telah mengendalikan beratus pertarungan berprofil tinggi termasuk Mike Tyson, Muhammad Ali, Joe Lewis, Evander Holyfield, Prince Naseem, Amir Khan, dan ramai lagi.
Anda pasti mengingati beliau ketika kemenangan kontroversi Floyd Mayweather keatas Victor Ortiz pada tahun 2011.
Victor Ortiz juga dijemput oleh McGregor untuk datang ke kem latihannya, tetapi beliau tidak dapat berbuat demikiam kerana sedang ada tugasan selama lima minggu di Dublin. Bagaimanapun beliau berjanji akan datang pada malam pertarungan itu dan semestinya akan memberikan sokongan kepada McGregor.
Beliau dilihat sangat teruja dengan pencapaian dan gaya pertarungan yang dimiliki oleh McGregor.
“Beliau (McGregor) bermula dari bawah, dari A-Z, ia sesuatu yang tidak boleh dipelajari semalaman, tapi saya sangat teruja dan kagum dengan proses latihannya, beliau adalah seorang yang cepat belajar. Tidak susah untuk bekerja dengannya, beliau mengikut arahan dengan baik dan saya merasakan itu satu benda yang bagus untukya.” –Victor Ortiz
Ortiz juga diberikan video pertarungan latihan antara McGregor dan Maglinaggi,
“Ianya seperti pertrarungan lain juga, pertarungan itu real, Paulie telah bertarung dengan baik dan memastikan McGregor dapat pertarungan yang diingininya. Ia adalah sangat-sangat menarik dan seronok melihat mereka beraksi di dalam perlawanan latihan seperti itu.” Luah Ortiz lagi.
Sebulan menghampiri hari pertarungan Ortiz menyedari McGregor sudah sangat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Mayweather.
Beliau meramalkan pertarungan sengit bakal berlaku antara keduanya dan menyatakan sokongannya kepada McGregor.