Maywether: ‘Saya Ada 7 Teman Wanita, 25 Kereta, Wang Lebih RM2 Billion’

Floyd Mayweather tidak perlu berahsia dengan teman-teman wanita beliau apabila dengan terbuka mendedahkan beliau ada 7 orang teman wanita.

Mayweather membuat kenyataan itu dalam temu ramah santai di kelab tarian bogel di Las Vegas dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di Youtube bertajuk Awkward Puppets.

Mayweather juga memberitahu yang dia terlalu banyak duit disimpan di dalam akaun yang berbeza. Bulan lalu sahaja, Mayweather mendapat sekurang-kurangnya $165 juta ataupu RM694 juta daripada pertarungan dengan McGregor.

“Pertarungan terakhir saya tempoh hari memang untuk buat duit. Pertarungan seterusnya mereka mungkin akan cuba mengatur pertarungan saya menentang makhluk asing.”

“Berapa ramai teman wanita yang saya ada? Saya ada 7 orang. 7 wanita bertuah. Kami pergi keluar makan, terbang bersama-sama. Kalau cuma ada seorang teman wanita ia ibarat hampir tidak ada teman wanita.”

Ditanya sama ada beliau ada tips untuk lekaki yang sudah berkahwin seperti Awkward Puppet, Mayweather menjawab:

“Bercerailah!(Get f***ing divorced).”

“Bawa isteri awak ke sini dan beritahu dia ini tempat paling anda suka lawati. Nanti anda akan dapatlah penceraian itu.”

Antara wanita yang dikaitkan dengan Mayweather ialah Rmarni Ellis. Rmarni terbang ke USA untuk bertemu dengan Mayweather kerana Mayweather menyatakan dia minat kepadanya.

View this post on Instagram

21 savage

A post shared by Mooks (@rmarni) on

Seterusnya, wanita bernama Yahaira Vianne Ochoa juga dalam senarai teman wanita beliau:

https://www.instagram.com/p/BYScaKBBZBT/

Bintang realiti TV, Abi Clark juga wanita Mayweather.

https://www.instagram.com/p/BJnsEgDApgk/

Mayweather mendedahkan jumlah duit yang beliau dapat sepanjang karier tinju beliau yang menang kesemua 50 pertarungan.

“Semuanya ada $US200 juta (RM841 juta), $300 juta (RM1.3 billion)… oh ya, Ianya di akaun berbeza.”

Ada berapa kereta yang Mayweahter ada?

“25!”

Ini rakaman penuh temu ramah tersebut:

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.