Pertarungan unik dan paling mendapat perhatian dalam sejarah sukan dunia apabila jaguh UFC Connor Floyd Mayweather menyahut cabaran Conor McGregor.
Floyd Mayweather Jr antara peninju yang paling berjaya di lapangan ini meskipun kontroversi kemenangan ke atas Pacman sebelum ini.
Beliau sudah bertinju lebih sedekad. Manakala Conor McGregor pula juara UFC dan pertama kali bertinju dengan peraturan profesional.
Namun, sesuatu yang boleh dibanggakan oleh McGregor adalah kemampuan beliau bertahan sehingga ke pusingan ke-10. Beliau jelas kelihatan terlalu letih selepas pusingan ke-8.
Pada pusingan ke-10, pengadil menghentikan pertarungan selepas McGregor tersadai di tali gelanggang dengan mukanya berdarah teruk.
Mujurlah pengadil menghentikan pertarungan lebih awal dengan baki 1 minit 55 saat lagi. Jika tidak, McGregor mungkin akan KO. McGregor berkata:
“Saya di sini demi penyokong kerana ini yang mereka mahukan. Saya beritahu mereka, saya terhutang satu perlawanan untuk perlawanan Pacquiao.”
Mayweather kini merekodkan kemenangan 50-0 di dakam karier beliau. Namun Mayweather tahu yang pertarungan ini lebih kepada pertarungan pertunjukan ataupun ‘buat duit’.
Mayweather mengumumkan yang beliau akan bersara sekali lagi selepas ini. 2 tahun beliau sudah bersara namun dipanggil oleh suara McGregor yang mencabar beliau untuk bertarung dengan ‘peraturan beliau.’
“Ini pertarungan terakhir saya tuan-tuan dan puan-puan, ianya pasti!”
Isu yang paling ketara dalam pertarungan ini adalah stamina. Seorang petinju ternyata mempunyai stamina yang lebih banyak berbanding atlet UFC. Mayweather kelihatan sangat offensive kali ini berbanding dengan sebelum ini.
Itulah rumusan ringkas daripada pertarungan antara 2 atlet yang berprofil tinggi dalam sukan dunia.