Maupay Kutuk Arsenal Depan Jutaan Manusia: “Mereka Patut Kalah Sebab Banyak Cakap”

Neal Maupay menjaringkan gol kemenangan pada saat saatakhir yang dramatik untuk Brighton menang ke atas Arsenal semalam.

Penyerang Perancis itu muncul dengan penjaring gol kemenangan pada minit kelima waktu kecederaan dan kemudian telah mengutuk The Gunners atas kekalahan kedua mereka dalam tiga hari.

Nicolas Pepe telah memberikan keceriaan kepada Arsenal dengan gol pendahuluan pada minit ke-68 sebelum Lewis Dunk menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Kemudian, ketika aksi seakan akan berakhir seri dan Arsenal dilihat bakal mencatat seri ke-14 musim ini, Maupay telah memastikan Arsenal tewas lagi.

Sebelum ini The Gunner bangga dengan rekod tanpa kalah tahun 2020. Tetapi nampaknya sambungan liga tidak memberikan mereka keceriaan.

Pemain berusia 23 tahun itu juga terlibat dalam insiden yang menyebabkan Bernd Leno mengalami kecederaan lutut yang serius.

Leno sangat marah dengan Neal Maupay dan begitu juga dengan beberapa pemain Arsenal yang lain.

Maupay yang mendakwa para pemain Arsenal terlalu banyak cakap dan tak tahu nak merendah diri. Pada tamat perlawanan para pemain Arsenal telah melakukan konfrontasi kepada Maupay.

Guendouzi dilihat mencekik pemain itu, sehinggakan pengulas menyatakan: “Ini dah tak ada penjarakan sosial dah ni.”

 

Maupay kemudian bercakap di depan tv disaksikan jutaan peminat bola sepak, mengutuk dan mengecam Arsenal.

“Pemain Arsenal kadang-kadang perlu belajar tentang kerendahan hati,” kata Maupay.

“Mereka sangat banyak bercakap. Mereka dapat apa yang mereka layak layak dapat.”

“Ia adalah bola yang cantik,” tambah Maupay.

“Saya melihat penjaga gol mara ke depan kepada saya dan saya hanya merembat dengan kiri saya, satu gol dan saya sangat gembira kerana ini merupakan kemenangan pertama kami pada tahun baru ini.”

“Pasukan ini telah bekerja keras beberapa bulan terakhir.”

“Kami telah berlatih dengan sangat keras. Pasukan terus bekerja. Seluruh kelab – pengurus dan kakitangan – melakukan kerja yang sangat baik untuk menjadikan kami berada di tempat yang bagus.”

“Ini adalah permainan yang sangat sukar tetapi saya gembira mendapat kemenangan.”

Mengenai pertembungan dengan Bernd Leno: “Pada rehat separuh masa saya pergi kepada pengurus Mikel Arteta untuk meminta maaf. Saya tidak pernah bermaksud untuk mencederakan penjaga gol. ”

“Saya melompat untuk bola. Saya meminta maaf kepada pasukan dan juga dia. Saya juga pernah melalui kecederaan teruk, sukar.”

“Ketika dia mendarat, dia memusingkan lututnya. Ini adalah bola sepak, ada kontak. Saya tidak pernah bermaksud menyakitinya. Saya minta maaf sekali lagi dan semoga cepat sembuh.”

“Ini hanya satu kemenangan, kita masih ada lapan perlawanan – beberapa perlawanan yang sangat besar selepas ini. Apa-apa sahaja boleh berlaku dan kita perlu terus fokus. Ini adalah permulaan yang baik, kita benar-benar gembira tetapi kita perlu kembali lurus pada esok hari untuk fokus pada perlawanan seterusnya. ”

Kekoyakkan pemain Arsenal turut berjangkit kepada penyokong mereka yang menyerang Neal Maupay di media sosial.

Mereka turut menyunting info Neal Maupay di wiki.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.