Pemain baharu Tottenham Hotspur, Matt Doherty memadam muat naik ciapan ‘I love Arsenal’ di Twitter yang pernah dilakukannya – sebagai simbolik menyertai seteru The Gunners itu.
Video khas untuk memperkenalkan Doherty itu dianggap sebagai video pengumuman terbaik yang pernah dilakukan berkenaan perpindahan pemain.
Segalanya bermula apabila khabar angin mengenai minat Tottenham terhadap Doherty. Ciapan yang pernah dilakukan oleh Doherty pada 2012 itu menjadi tular kembali.
*Delete* 😬
#WelcomeDoherty ⚪️ #COYS pic.twitter.com/dNRuGv6DTI— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 30, 2020
Melalui video pendek itu, Doherty dilihat membuka laptop, dan memadam ciapan tersebut sambil menangguk dan tersenyum serta memakai jersi Spurs.
Dari sudut lain ia nampak sarkastik. Tetapi penyokong Spurs jelas gembira dengan respon yang diberi oleh Doherty mengenai ciapan yang tular itu, dan menganggap ia sebagai terbauk.
Ianya bukan rahsia lagi Doherty adalah seorang penyokong Arsenal suatu ketika dahulu sehingga Spurs datang mengetuk pintu hatinya.
Pemain antarabangsa Ireland itu menandatangani kontrak selama empat tahun untuk menyertai Spurs.
This is decent from Spurs, fair play 😂👏 https://t.co/WmXeLDaLmQ
— ODDSbible (@ODDSbible) August 30, 2020
“Di Wolves saya telah meraih semua pengalaman – kekecewaan dan kemudian berjaya naik kembali, tetapi kini harus ke tahap ke seterusnya dan melihat peluang beraksi di eropah,” kata Doherty kepada media Spurs.
“Ianya sukar untuk meninggalkan Wolves. Tetapi [di sama] ia mungkin seperti kekal atau melangkah ke belakang. Di Tottenham ia seperti membuka satu langkah besar ke hadapan – dengan kemudahan yang ada, segalanya yang ada di kelab ini, dan juga pengurus.
“Selepas 10 tahun, saya tahu setiap orang yang ada di Wolves, namun kini ini cabaran baharu. Ia adalah cabaran yang saya perlukan pada masa sekarang.”