Matic Sekolahkan Ole Gunnar Solskjaer

Nemanja Matic menafikan beliau tidak sehaluan dengan Ole Gunnar Solskjaer. Sebelum ini Nemanja Matic menekan like pada komen Instagram oleh peminat yang mempersoalkan kenapa Solskjaer tidak memilih beliau.

Matic melakukan debut musim 2019/20 sebagai pemain gantian pada aksi menentang Southampton. Beliau tidak bermain dalam 3 perlawanan pertama.

Matic kehilangan tempat kepada Scott McTominay.

Matic kemudian tampil dengan kritikan terbuka kepada Ole Gunnar Solskjaer. Beliau tidak begitu gembira dengan pemilihan pasukan oleh Solskjaer. Tetapi Matic menganggap ia bukan bermaksud beliau ada masalah dengan Solskjaer.

Bercakap kepada wartawan ketika persiapan kelayakan Euro 2020, Matic berkata: “Dalam 2 atau 3 perlawanan pertama, beliau (Solskjaer) membuat pilihan untuk tidak menggunakan saya.

“Saya bekerja keras yang saya mampu. Kami semua menghormati keputusan beliau. Kini saya perlu membuktikan bahawa beliau silap tidak meletakkan saya ke tempat sepatutnya (sebagai pemain utama).”

“Tiada masalah antara kami. Saya sudah beritahu beliau bahawa saya tidak setuju dengannya. Namun beliau tetap perlu untuk membuat keputusan akhir demi pasukan.”

“Saya sudah bermain bola sepak sangat lama. Saya bermain hampir semua perlawanan untuk kelab-kelab yang saya wakili dalam 10 tahun terakhir.”

“Jika beliau mahu saya bermain, bermakna ada pemain lain perlu duduk di bangku simpanan dan menerima keadaan itu, sama seperti saya sekarang.”

“Jurulatih perlu membuat memilih pemain untuk membentuk pasukan yang merebut kejuaraan. Dan jika beliau gagal menang, beliau (Solskjaer) akan bertanggungjawab.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.