Mata Juri Dedah Gaethje Sedang Mendahului Sebelum Khabib Guna Jurus Triangle Choke

Justin Gaethje mendakwa dirinya sedang mendahului Khabib Nurmagomedov sebelum tewas di pusingan kedua melalui submission di UFC 254.

Nyata dakwaan petarung dari Amerika Syarikat itu benar selepas kad skor juri didedahkan kepada umum.

Khabib merekodkan kemenangan 29-0 melalui aksi hebat di Fight Island, dalam pertarungan penuh emosi selepas muncul buat kali pertama selepas kematian ayahnya.

Petarung kelahiran Rusia itu kemudiannya mengumumkan persaraan daripada MMA selepas kemenangan menentang Gaethje.

blank

Namun selepas kemenangan tersebut, Gaethje mendakwa dirinya sebenarnya sedang mendahului Khabib, dan percaya kemampuannya telah memberikan masalah kepada petarung UFC yang amat dominan sepanjang kariernya itu.

Dakwaan tersebut terbukti benar apabila dua daripada tiga juri yang memberikan mata memberikan Gaethje pendahuluan selepas tamat pusingan pertama.

Gaethje bermula dengan baik pada pusingan pertama sebelum Khabib bangkit dengan lebih banyak serangan.

blank

Ini bermakna Khabib yang sinonim dengan gelaran ‘The Eagle’ hanya pernah tewas dua pusingan sepanjang 29 pertarungan yang dilaluinya sehingga bersara.

Presiden UFC, Dana White kemudianya turut mendedahkan Khabib mengalami kecederaan patah kaki tiga minggu sebelum pertarungan tersebut berlangsung.

Walaupun ketinggalan Khabib berjaya mengunci lawannya itu pada lewat babak pusingan pertama namun masa telah tamat memaksa petarung Rusia itu melepaskan lawannya.

Pada ketika itulah juga Khabib mulai membina momentum dan petarung berusia 31 tahun itu tidak diberikan peluang pada pusingan kedua apabila Khabib berjaya dengan jurus ‘triangle choke’ yang memaksa Gaethje menyerah kalah.

“Ia amat teruk. Ia amat beremosi. Inilah dia pertarungan ini. Saya memberikannya masalah. Saya tidak jauh daripada untuk menjatuhkannya.

“Beliau mulai terhencot… sekurang-kurangnya untuk tiga minggu akan datang. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan kerana akhirnya saya kalah. Tetapi saya merasakan diri seperti hidup…dan saya rasa hebat.

blank

“Saya percaya telah melalui pertarungan yang baik dan berjaya memberikan masalah (kepada Khabib). Saya menjarakkan diri, sentiasa mengawal jarak, cuba mengancam, dan memberikan masalah. Saya yakin telah memberikan masalah.

“Saya tahu dia berada di posisi yang tidak baik. Walaupun jika tidak, dia telah berjaya melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu menjatuhkan saya. Beliau amat kuat. Saya tahu beliau membuatkan ayahnya sangat bangga.”

https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1508259349344305?__xts__%5B0%5D=68.ARD5Qg1QszMTiPV89gNQhy7gKer6FYC3XJ6MaPU7Ok_WxA-hDeX8gHcmbp-Wv6c56zi_Cy_LTi0_GIzfo0gq7rFO8prQKumpcLzOFG2IitMau3P5xjZ6Du9FVjhFZitaE9WESMUFKVm4cRiBwatcXrZ10D_uOXHAxJAP7bmJz26KKIPWq281QwiPtSWUV8nbYvKOqUgmIMpu0nx9jLk-lbrCyGmwwebNGXAaVh3XNID3rvnIO8ln0SWf_xOqBKZVYn2I2JCzsVHnpz1ox0jGlvbKF-N3yAkcUkvfo-_9TtptXLt9rmlOQkJ12yp4PpFVtGXRv062elayES7nqQmDB4xfAQ&__tn__=-R

Kedua-dua petarung kemudiannya berpelukan antara satu sama lain selepas pertarungan tamat dan Khabib kemudiannya menjelaskan mengapa dirinya memilih untuk bersara.

Petarung berusia 32 tahun itu menjelaskan beliau enggan meneruskan karier di dalam MMA tanpa jurulatih dan mentor selepas kematian ayahnya pada Mei lalu.

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.