Mat Yo Diperkenalkan Dengan Video Penuh Berseni Dan Setaraf EPL

Norshahrul Idlan Talaha ataupun panggilan manjanya di kalangan peminat Malaysia, Mat Yo sah menjadi pemain baru pasukan BG Pathum United yang bermain di Liga 1 Thailand.

BG Pathum United pasukan yang memenangi Liga 2 Thailand musim lalu, berjaya menambat hati Mat Yo untuk menyertai mereka.

Penyerang berusia 33 tahun itu ternyata diberikan alu-aluan yang sangat luar biasa oleh pasukan Thailand itu.

Legenda Harimau Malaya itu telah memutuskan untuk meneruskan kerjaya profesional beliau di Thailand, bersaing dengan nama – nama besar yang lain di sana.

Hari ini merupakan hari bersejarah buat Mat Yo yang pernah popular dengan chanting Mat Yo tasalah oleh Nunez satu ketika dahulu.

Beliau melengkapkan perpindahan bersejarah itu pada hari ini di kelab baharunya yang berpangkalan di Bangkok itu.

Menurut wartawan Zuhelmi Zainal Azam, Norshahrul Idlan Talahan akan diberikan jersi nombor 99. Jersi yang agak unik untuk pemain yang dikenali dengan keyakinan tingginya di atas padang.

Oleh kerana BG Pathum United baru sahaja mendapatkan pemain bintang di dalam pasukan mereka, maka mereka menghasilkan video presentasi pemain baharu dengan kualiti setaraf kelab Eropah.

Video tersebut menyaksikan beberapa aksi Mat Yo menjaringkan gol yang cantik bersama Harimau Malaya.

Mat Yo turut mengucapkan Sawadeekap kepada penyokong di Thailand dan diakhiri dengan gaya seorang bintang yang menunjukkan kepada penyokong agar mereka yakin bahawa Mat Yo akan menjadi pemain yang akan membawa kejayaan kepada pasukan mereka.

https://www.facebook.com/BGPATHUMUNITED/videos/3466639270074058/

Video pengenalan tersebut sangat berkualiti. Dan tidak keterlaluan untuk menyatakan ia setaraf dengan video pengenalan pemain baharu di EPL dan Eropah.

Ini membuktikan bahawa kelab BGPU memiliki petugas media yang betul betul ahli di dalam kerja mereka.

Norshahrul kemudiannya menyatakan betapa bangganya beliau dengan keputusan beliau berkelana ke Thailand pada kali ini.

“Saya sangat teruja dan berbangga dengan diri sendiri di atas keputusan yang saya ambil ini.”

“Inilah pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke luar negara. Dan saya sangat teruja untuk bermain di liga kompetitif Thai 1.”

Norshahrul berjanji akan cuba membantu pasukan BG Pathum United untuk menjulang sekurang-kurangnya 1 piala pada musim ini.

Beliau menyeru seluru penyokong BGPU untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya untuk menghadapi musim ini.

https://www.facebook.com/BGPATHUMUNITED/videos/2414841832164362/

Norshahrul Idlan bin Talaha (lahir pada 8 Jun 1986 di Besut, Terengganu). Beliau adalah pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk BGPU pada musim 2020.

Mat Yo adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ternama sejak menempa kejayaan ketika bermain dengan Kelantan FA.

Beliau terkenal dengan kemahiran menggelecek dan menjaringkan gol. Pada usianya yang sudah 33 tahun, Norshahrul masih lagi menjadi penyerang kebangsaan Malaysia.

Jadi, tidak hairanlah beliau sangat dihormati oleh pengurusan di Thailand.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Norshahrul Idlan Talaha di tempat baharu. Dan semoga dapat membuktikan kehebatan sebenar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.