Mason Mount Dikatakan Tidak Gembira Dengan Kehadiran Havertz? Ini Jawapan Dari Ayahnya

Mason Mount dikatakan tidak gembira dengan keputusan Chelsea menandatangani Kai Havertz dari Bayer Leverkusen.

Namun ayah kepada Mason Mount, Tony dengan segera mengeluarkan kenyataan untuk menafikan dakwaan tersebut.

The blues secara rasminya telah berjaya untuk menandatangani Kai Havertz dari Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan bernilai £71 juta beberapa hari yang lalu.

Havertz merupakan salah seorang bakat muda terbaik dunia ketika ini dan beliau bermain di posisi yang hampir sama dengan graduan akademi Chelsea, Mason Mount.

Penulis Jerman, Christian Falk memuat naik status di laman twitter semalam dengan menyatakan bahawa Mount tidak selesa untuk bersaing dengan pemain dari Bundesliga itu.

Walau bagaimanapun, Tony Mount ayah kepada Mason Mount dengan segera memberi komen balas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Beliau membalas kenyataan tersebut dengan meletakkan emoji ketawa yang banyak dengan ayat “bull” bersama satu emoji yang lain.

Selain Kai Havertz, Chelsea turut menandatangani Timo Werner dan Hakim Ziyech yang turut bermain di posisi serangan.

Ini bermaksud bukan hanya Mason Mount sahaja yang perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama, tetapi kesemua pemain di posisi serangan Chelsea harus bersaing sesama sendiri untuk menjadi pilihan utama.

Mount menjadi antara nadi penting dalam sistem serangan Frank Lampard sebelum ini dan telah beraksi sebanyak 53 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Chelsea.

Ketika di tanya kepadanya tentang aksi yang beliau pamerkan sepanjang musim lalu dan apa yang telah beliau pelajari, Mount menjawa:

“Ianya tentang bagaimana kuatnya anda untuk menjadi pemain yang beraksi di pentas premier league, ini kerana suasana di sini terlalu jelas berbeza dengan liga lain.”

Jelas Mount kepada SPORTbible.

“Kamu harus memberikan sesuatu dalam setiap perlawanan yang kamu main kerana kamu akan beraksi bersama pemain bertaraf dunia yang akan sentiasa menjadikannya sukar untuk kamu.”

“Saya tentunya banyak belajar dan peroleh pengalaman baru musim ini, ianya lebih kepada mental berbanding fizikal, ini kerana kamu harus sentiasa memberi tumpuan dan ianya sangat sukar sebenarnya.”

Bintang berusia 21 tahun itu sudah bermain di bawah pengurusan Frank Lampard sejak dari di Derby Country lagi.

Beliau turut memberi pandangan tentang bertapa bernilainya latihan dan tunjuk ajar yang telah Lampard berikan padanya.

“Jelasnya saya bekerja bersamanya sejak dari di Derby Country dan dia bercakap kepada saya tentang masa yang saya ambil ketika berlari ke dalam kotak dan apa posisi yang harus saya main untuk menjaringkan gol yang lebih banyak.”

“Bekerja bersamanya musim lalu sudah berada di tahap yang berbeza, saya harus untuk lebih maju. Sebagai seorang midfielder, sangat beruntung untuk dapat belajar sesuatu darinya, saya cuma mahu terus berusaha.”

Chelsea akan kembali beraksi pada 14 September nanti untuk bertemu Brighton & Hove Albion bagi perlawanan pembukaan saingan liga mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.