Martial: Next Year Is Our Year

Pasukan yang dalam prestasi terbaik ketika ini Man United ternyata sudah memberikan amaran bahawa tahun hadapan bakal menjadi milik mereka.

Bagi sesetengah orang benda ini agak mengejutkan. Namun tidak bagi penyokong Man United sejati.

Manchester United kini sudah 17 perlawanan tak kalah. Membuatkan ramai peminat setan merah mulai lupa apa itu kekalahan.

Penyerang tiga serangkai Man United, Marcus Rashford, Anthony Martial, dan Mason Greenwood begitu cemerlang di hadapan gol.

Manakala Bruno Fernandes pula sekali lagi menapau anugerah pemain terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris kerana aksi luar biasanya.

Malah ada penyokong yang mulai mencipta carta liga sejak Bruno tiba.

Terbaru Anthony Martial sudah melaungkan bahawa tahun hadapan akan menjadi milik Man United. Manifesto yang pernah ditinggalkan Lukaku sebelum ini.

Martial berkata: “Saya yakin kami akan menjadi lebih kuat tahun depan.”

“Kami akan menerima lebih ramai pemain baru yang tiba. Dan kami sudah memiliki ramai pemain hebat di sini.”

“Dengan bekerja keras dan melakukan latihan seperti yang kami lakukan sekarang, maka kita ada peluang nak menang title musim depan.”

Martial antara pemain yang sangat cemerlang sejak liga disambung semula. Dan kini United berpeluang untuk berada 2 mata di atas Leicester bagi perebutan tempat keempat jika mereka menang lawan Southampton malam ini.

Mujur sekali liga tidak dibatalkan awal seperti yang diminta beberapa puak pendengki kepada kejayaan Man United.

Kalau tak sudah pasti tiada peluang Bruno Fernandes dan Mason Greenwood mempamerkan kemampuan mereka membantu United sampai ke Eropah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.