Maria Sharapova, Kisah Kegemilangan Dan Kontroversi Pemain Tenis Terbaik Rusia

Maria Sharapova lahir pada 19 April 1987 di Nyagan, Siberia, Russia. Sharapova mempelajari sukan tenis pada usia awal.

Bakat tenis Maria dikesan oleh konfederasi tenis Rusia. Lalu pada usia 9 tahun Sharapova telah dihantar ke Florida bersama-sama dengan ayahnya untuk berguru di sana.

Sharapovaa diberikan biasiswa untuk berlatih di Akademi Tenis Nick Bollettieri. Ketika di sana, Sharapova telah menunjukkan kehebatan luar biasa beliau.

Sharapova banyak memenangi kejohanan tenis peringkat awal remaja. Bayangkan pada usia 14 tahun beliau sudah menjadi pemain

Walaupun sudah bergelar profesional, pada 2002, Sharapova menyertai kejohanan seperti junior Wimbledon dan Terbuka Perancis. Beliau menjadi naib juara untuk kedua-dua kejohanan tersebut.

Maria Sharapova ketika 15 tahun

Di arena WTA, kemenangan pertama beliau adalah di Terbuka AIG Jepun pada 2003. Tahun yang sama, Sharapova mara ke pusingan ke-4 dalam debut beliau di Wimbledon.

Pada 2004, sejarah tercipta apabila Maria Sharapova menjadi bintang tenis wanita pertama dari Rusia yang memenangi Wimbledon. Kecemerlangan musim 2004 disulami dengan kejayaan memenangi WTA.

Pada 2005, Maria Sharapova menjadi pemain no.1 dunia. Tiada pemain wanita Rusia yang pernah menjadi no.1 dunia dalam sejarah sebelum itu.

Sharapova meneruskan kecemerlangan tahun berikutnya untuk memenangi Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat 2006.

Foto – Daily Mail

Ketika prestasi Sharapova tengah meningkat mendadak, beliau digganggu oleh kecederaan bahu dan banyak berehat pada 2007 dan 2008. Namun masih juga Sharapova berjaya menjuarai Terbuka Australia pada 2008.

Selepas kejohanan tersebut, Sharapova terpaksa akur untuk melakukan pembedahan bahu beliau. Rehat panjang membuatkan Sharapova terkeluar dari ranking 100 teratas.

Beliau berehat sehinggalah Mei 2009. Beliau kembali semula dan kehebatan Maria Sharapova jelas nyata apabila berjaya menamatkan musim 2009 di ranking 20 teratas.

Pada 2011, Maria Sharapova berjaya menamatkan musim di ranking ke-4. Pada 2012, Sharapova kembali menjuarai Terbuka Perancis. Menjadikan beliau pemain wanita ke-10 yang berjaya melengkapkan kejohanan Grand Slam.

Sharapova kembali ke puncak dunia dan menjadi no.1 dunia. Meneruskan kecemerlangannya di Olimpik 2012, Sharapova mara ke final namun tewas di tangan seteru beliau Serena Williams.

Foto – Zimbio

Selepas kejohanan Olimpik, Sharapova dihimpit masalah kecederaan bahu sekali lagi dan berehat pada baki musim 2012.

Kontroversi

Selepas dilanda banyak kecederaan, pada 2016 Sharapova didapati gagal ujian doping ketika Terbuka Australia. Sharapova bercakap kepada media yang beliau didapati positif Mildronate.

Foto – Herarld

Sharapova menyatakan, ia adalah dari ubatan yang dia ambil kerana kecederaan teruk dari 2006. Dadah itu baru diharamkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) pada 1 January 2016. Sharapova berkata:

“Saya bukan pemain yang kotor. Anda harus faham yang 10 tahun sebelum ini, dadah (ubatan) jenis ini tidak ada dalam senarai ‘haram’ oleh WADA.”

“Saya telah mengambil ubatan ini sejak 10 tahu dari 2006 kerana masalah kecederaan saya. Sebelum ini ia tiada masalah. Sehinggalah pada 1 Januari lalu, mereka meletakkan ia dalam senarai diharamkan.”

“Saya akui kesalahan saya kerana tidak maklum akan perkara ini. Ia memang ada di dalam badan saya, dan saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya masukkan ke dalam badan.”

Sharapova kemudian digantung selama 2 tahun oleh International Tennis Federation (ITF). Sharapova tidak dapat menerima hukuman itu kerana dia menyatakan mildronate yang ada pada badannya bukannya mudah untuk terus hilang.

Ini kerana Sharapova sudah terlalu lama bergantung kepada ubat tersebut. Lagipun, pengharaman mildronate baru sahaja diharamkan dan Sharapova mengakui kesilapan beliau.

Sharapova menulis di dalam facebook beliau:

“Tribunal bersetuju yang saya tidak secara sengaja menyalahi undang-undang anti-doping. Tetapi kenapa saya dihukum sehingga 2 tahun. Saya tidak dapat menerima hukuman tidak adil seperti ini.”

“Tribunal terdiri daripada ahli ITF yang sebelum ini menerima penjelasan saya yang menyatakan saya tidak pernah sesekali dengan sengaja melanggar peraturan. Kemudian mereka menggantung saya 2 tahun.”

“Saya akan merayu kes ini CAS (Court of Arbitration for Sport).”

Sharapova naik ke CAS untuk merayu agar hukuman itu diringankan. Beliau berjaya dalam rayuan beliau dan hukuman dikurangkan kepada 15 bulan.

Pada April yang lalu, Sharapova kembali semula ke gelanggang buat pertama kali selepas digantung.

Foto – OnTennis

Komersil

Wajahnya yang menawan dan pencapaiannya yang luar biasa menjadikan Sharapova sebagai salah satu kuasa komersil yang kuat dalam arena sukan.

Beliau memiliki hak tajaan daripada syarikat yang bukan calang-calang. Antaranya ialah Nike, Avon, Evian, TAG Heuer, Porsche, Tiffany & Co dan banyak lagi.

Foto – Pursuitist

Sharapova menjadi atlet wanita dengan bayaran tertiggi dalam beberapa tahun. Paling lumayan apabila beliau menjana pendapatan sekitar $30 juta setahun pada 2015.

Selepas disabitkan dengan kesalahan doping, beberapa syarikat tajaan menarik diri daripada kerjasama dengan Sharapova. Syarikat seperti TAG Heuer dan Porsche antara yang ‘menceraikan’ Sharapova.

Namun penaja seperti Nike, Evian dan Head menyatakan sokongan mereka kepada Maria Sharapova selepas mendengar hujah atlet tersebut.

Nike setia bersama Sharapova

Selain daripada tajaan dari syarikat besar, Sharapova turut memiliki jenama beliau sendiri. Sharapova membuka pernigaan gula-gula pada 2012 yang diberikan nama Sugarpova Candy. Satu perniagaan bersama dengan Jeff Rubin, pemilik IT’SUGAR.

Setiap jualan Sugarpova akan menyumbang kepada yayasan kebajikan Sharapova Foundation. Sharapova berkata, dia penggemar gula-gula”

“Ketika kecil, setiap kali selepas saya berlatih (tenis), ayah akan menghadiahkan saya lolipop ataupun coklat.”

Itulah kisah salah seorang atlet tenis wanita terbaik yang pernah dilahirkan di Rusia iaitu, jelitawan Maria Sharapova!

“I’m not the next anyone, I’m the first Maria Sharapova.”
—Maria Sharapova

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.