Marcus Rashford Pemain Paling Mahal Di Dunia Ketika Ini

Marcus Rashford kini merupakan pemain paling bernilai dalam dunia bola sepak, dan rakan sepasukannya di Manchester United, Bruno Fernandes tidak jauh berada di belakangnya.

Kylian Mbappe, pemain yang sering dibandingkan dengan Rashford , dan telah lama dianggap sebagai pemain termahal dunia, bahkan dianggap bakal memecahkan rekod perpindahan tertinggi, berada jauh dibelakang bintang Manchester United itu.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Perancis itu cuma berbaki 18 bulan kontrak saja bersama Paris Saint Germain, dan telah dikaitkan dengan perpindahan mega ke Real Madrid.

Jadi nilai beliau mungkin akan berubah dari masa ke semasa, dan kini beliau dinilai dengan nilai pasaran lebih rendah kerana baki kontraknya yang sudah hampir tamat.

Menurut CIES, pemenang Piala Dunia itu kini bernilai hanya sekitar €149.4 juta sahaja, menjadikan beliau sebagai pemain kelima termahal dalam dunia bola sepak masa kini.

Rashford, dengan baki kontrak selama tiga tahun setengah lagi, dianggarkan bernilai €165.6 juta dan nama seperti Erling Haaland, Trent Alexander Arnold serta Bruno Fernandes pula melengkapkan kedudukan lima pemain paling bernilai dalam dunia bola sepak kini.

Formula pengiraan yang diguna pakai oleh CIES adalah dengan mengambil kira umur pemain, baki kontrak, persembahan, status antarabangsa dan perkembangan karier pemain itu.

Mereka juga turut mengambil kira bagaimana pengarah sukan dan pengurusan kewangan kelab mengurus penjualan pemain.

Atas sebab-sebab berikut lah Mbappe dinilai dengan nilai yang tinggi yang mana nilainya tidak begitu jauh dibezakan dengan Rashford, walaupun beliau boleh meninggalkan kelab secara percuma sahaja dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Seandainya Real Madrid tidak mampu untuk membayar nilai yang diminta oleh PSG untuk pemain Perancis itu pada musim panas ini, mereka boleh memberikan pra kontrak kepada Mbappe dan menandatanganinya pada musim panas 2022 nanti secara percuma.

England mempunyai tujuh orang pemain dalam senarai 20 pemain paling bernilai ketika ini, ia merupakan yang terbanyak berbanding negara lain.

Jadon Sancho, Raheem Sterling, Bukayo Saka, Mason Mount dan Harry Kane turut bersama menyertai Rashford dan Arnold dalam senarai ini.

Kontrak Lionel Messi akan berakhir pada musim panas ini, melihatkan kepada usianya yang sudah mencecah 33 tahun, maka bintang Barcelona itu hanya berada di kedudukan ke-97 sahaja dalam senarai ini.

Messi dinilaikan dengan nilai €54 juta, namun Manchester City dan Paris Saint Germain sangat berharap untuk mendapatkan beliau secara percuma musim panas nanti.

Seteru utamanya, Cristiano Ronaldo pula turut mengalami penurunan dan beliau sudah terkeluar dari senarai 100 pemain paling bernilai.

Cristiano Ronaldo berada di kedudukan ke-131 dalam senarai ini dan beliau hanya dinilai dengan nilai €47 juta sahaja.

Namun, segalanya terletak pada kelab itu sendiri juga tentang berapa nilai yang mahu mereka letakkan pada pemain dan sepertinya bukan mudah untuk mendapatkan Mbappe dari PSG dengan nilai yang rendah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.