Marc Marquez Sah Juara Dunia MotoGP Kali Kelapan

Ada yang berkata Marc Marquez sebenarnya sudah menjadikan sukan MotoGP bosan kerana seperti terlalu mudah untuk beliau.

Marquez ternyata berada di kelas beliau tersendiri pada musim ini berbanding dengan pencabar beliau yang lain.

Terbaru, Marc Marquez mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP kelepan beliau di Buriram, Thailand. Marquez memintas Quartararo di pusingan terakhir untuk menjuarai grand Prix tersebut.

Quartararo ternyata sangat kecewa dan tak percaya beliau dipintas sebegitu rupa. Menurut Quartararo, ianya sangat sakit, kalah dengan cara seperti itu.

Marquez meraikan kejuaraan beliau dengan gaya unik di atas meja pool dengan memasukkan bola kelapan, simbolik kepada kejuaraan kelapan beliau.

Marquez musim ini memang sangat cemerlang. Hanya sekali beliau menamatkan saingan di luar 2 tempat teratas. Itupun ketika beliau kemalangan ketika perlumbaan di Austin.

Malahan, seteru beliau, Valentino Rossi sudah terlebih awal mengucapkan syabas kepada Marquez dan menganggap pelumba itu sedang mengejar status musim hampir sempurna.

Tahniah kepada Marc Marquez di atas kejayaan beliau bergelar juara dunia kali ke-8.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.