Kejayaan Marc Marquez menjuarai GP Aragon baru-baru ini meletakan pelumba Repsol Honda itu semakin hampir dengan satu lagi kejuaraan MotoGP pada musim ini.
Marquez setakat ini sudah mengutip 300 mata, 98 mata di atas penunggang jentera Ducati, Andre Davizioso.
Perlumbaan musim ini berbaki 5 sesi lagi. Dengan mata maksimum adalah 125 mata ditawarkan, Marquez kini dalam landasan terbaik untuk menamatkan musim dengan rekod kutipan mata tertinggi dalam semusim.
Take a bow @marcmarquez93! 👏
A sea of red greets the Spaniard as he triumphs on home soil! 🥇#AragonGP 🇪🇸 pic.twitter.com/CklE79hU1f
— MotoGP™ (@MotoGP) September 22, 2019
Ketika ini, rekod mata tertinggi dikumpul dalam semusim adalah milik Jorge Lorenzo dengan 383 mata pada 2010.
Rekod peribadi terbaik Marquez adalah dengan 362 mata pada 2014, meletakkan beliau dalam senarai ke-5 terbaik untuk rekod kutipan mata terbanyak semusim.
Berkongsi kepada wartawan apa rahsia kejayaan beliau, Marquez berkata: “Saya akan cuba menjarakkan diri daripada pelumba lain dalam 2 pusingan pertama, selepas itu saya akan cuba untuk mengekalkan pendahuluan.”
Beliau juga menyatakan, fokus utama beliau dalam setiap perlumbaan adalah memastikan teknik tungangan yang konsisten dan tidak terlalu memikirkan soal memenangi perlumbaan.
“Saya tidak terlalu memikirkan soal mahu memenangi perlumbaan. Tetapi saya akan cuba dan mahu kekal konsisten.”
Marquez turut memberikan kredit kepada pasukan teknikal Honda yang sentiasa berusaha memperbaiki prestasi jentera yang digunakan oleh beliau dan rakannya.