Diego Maradona memang selalu memberikan kenyataan yang pelik kepada wartawan dan juga rakan-rakan beliau. Namun kali ini ia naik ke takuk lebih tinggi.
Maradona dianggap antara pemain bola sepak terbaik dalam sejarah. Beliau sentiasa diletakkan sebaris dengan nama legenda seperti Pele.
Salah satu insiden paling diingati adalah insiden Hand of God dilakukan beliau.
Hand of God Goal – https://t.co/tVwb83g0ik
— The Sports Take Lunch Break (@STLBreak) December 20, 2019
Maradona berjaya menjadi wira negaranya memenangi Piala Dunia 1986 dengan aksi yang dianggap hampir one man show pada ketika it.
Beliau pemain yang sangat berbakat walaupun banyak masalah di luar padang.
Pada 1994, beliau dilarang bermain dalam Piala Dunia kerana dilaporkan menggunakan dadah terlarang. Ia membuatkan Maradona sangat bengang.
Terbaru, Maradona mendakwa beliau pernah diculik makhluk asing dengan UFO ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Selain itu, Diego Maradona juga mendedahkan kisahnya yang hilang teruna pada usia 13 tahun.
Maradona membongkar rahsia yang sudah lama dipendamnya itu kepada TyC Sports, baru – baru ini.
Wartawan bertanya, adakah Maradona benar – benar memaksudkan UFO dan percaya akan kewujudannya.
Maradona berkata: “Ada faedahnya saya nak mereka reka cerita seperti ini? Ada suatu hari tu, saya minum banyak sangat, dan saya hilang dari rumah selama 3 hari.”
“Saya kemudian balik ke rumah dan memberitahu ibu saya bahawa saya telah diculik makhluk asing. Mereka menculik saya dengan UFO.”
Maradona memberitahu ibunyaa bahawa beliau tidak boleh bercerita lebih lanjut cerita tersbeut.
“Saya pun beritahu mereka: ‘Makhluk asing itu menculik saya dengan UFO, namun saya tak boleh bercerita dengan kamu akan hal ini’.
Adakah Diego Maradona cuba mencari alasan angkasaraya untuk meyakinkan ibunya? agar tidak kena leter?
Beliau tidak mahu mendengar tuduhan itu. Kerana menurutnya, apa yang diceritakannya adalah benar.
Seterusnya, Diego Maradona mendedahkan beliau hilang teruna pada usia 13 tahun. Ketika itu beliau tewas di tangan nenek berusia 59 tahun.
“Ketika itu saya baru berusia 13 tahun dengan seorang nenek tua di bilik bawah tanah.”
I am inclined to think this story about Maradona could be true 😃 …
‘I was missing for three days’: Argentinian football icon Diego Maradona claims he was ‘abducted’ by ALIENS — RT Sport News https://t.co/8Uv9fni6qw— Justin Walley (@JustinWalley10) December 20, 2019
Maradona kemudian meniti karier gemilang sebagai pemain bola sepak.
Kelincahannya di dalam padang telah membuatkan pasukan Argentina dan Napoli berada di tahap gemilang.
Beliau pernah juga bermain untuk Barcelona. Namun agak kurang menjadi ketika bersama kelab gergasi Sepanyol itu.
Ketika di Itali beliau membantu pasukan kerdil ketika itu, Napoli menjadi juara Serie A. Betapa hebatnya Maradona pada ketika itu. Pemain yang berbadan kecil itu menjadi salah seorang bintang bola sepak paling berpengaruh.
Beliau menjadi idola ramai kanak kanak dan para pemain muda.
Beliau juga pernah menjadi jurulatih pasukan kebangsaannya sebelum ini. Namun ianya tak lama. Maradona dipecat selepas prestasi hambar oleh pasukan Argentina di bawah kendalian beliau.