Diego Maradona membuka rahsia kehebatan Lionel Messi di pentas bola sepak antarabangsa. Menurut Diego Maradona, pemain itu hebat kerana asuhan beliau.
Maradona pernah melatih Lionel Messi dalam skuad kebangsaan Argentina ketika Piala Dunia 2010. Maradona memberikan tips ringkas untuk melakukan sepakan percuma kepada Messi.
Messi menjadi pakar sepakan percuma dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Musim lalu Lionel Messi menyempurnakan gol menerusi sepakan percuma sebanyak 8 kali, untuk Barcelona.
Ianya dianggap rekod luar biasa untuk seorang pemain. Lalu Maradona menuntut kredit daripada kecemerlangan Messi itu, yang menurutnya, tidak pernah dihargai oleh orang lain, kerana tidak tahu.
“Saya telah melatih pemain terulung, Messi, tiada seorang pun boleh menyangkalnya. Beliau mampu melepasi 5 pemain dengan gelecekannya. Itu luar biasa.”
“Messi ada satu masalah, iaitu sepakan percuma. Pada suatu hari, selepas tamat latihan, saya dan kejurulatihan saya menahan Messi dahulu.”
“Ini untuk membolehkan saya memberikan beliau latihan melakukan sepakan percuma. Percubaan pertama Leo adalah terkena tiang.”
“Saya tak ajar dia cara melakukan sepakan percuma ketika itu. Kemudian dia yang meminta nasihat daripada saya cara melakukan gol daripada sepakan percuma.”
“Lalu saya kata, kamu hanya perlu sepak di bahagian tengah bola.”
“Namun mereka tidak akan memberikan saya Oscar (Anugerah) di atas apa yang saya ajar kepada kamu.”
“Messi menjawab: ‘Masalahnya, saya sudah sepak di tengah tetapi bola masih pergi ke tempat lain’. Lalu saya berkata kepadanya: ‘Tenang, jangan risau, kamu pasti bisa melakukannya’.”
“Hasilnya, pada hari ini, beliau lebih sukar untuk ‘miss’ berbanding dengan melakukan gol daripada sepakan percuma.”
https://twitter.com/i/status/1170976665658220544
Messi pada 2012/13 melalukan 4 gol daripada 57 sepakan. Dan musim lalu beliau menjaringkan 8 gol daripada 56 cubaan.
Maradona merupakan jurulatih yang kerap juga mengkritik Lionel Messi. Pada masa yang sama, kerap juga menyanjung pemain itu.
Sebelum ini Maradona pernah mengkritik Messi yang disifatkan tiada kepimpinan di dalam padang.
Namun ketika Messi mengumumkan persaraannya daripada peringkat antarabangsa, Mardona merupakan orang yang terawal memujuk Lionel Messi untuk kembali, dengan alasan, aura kepimpinan pemain itu sangat diperlukan.
Kedua-dua mereka seringkali menjadi subjek perdebatan, siapakah pemain terbaik Argentina untuk sepanjang zaman.
Maradona pernah membantu skuad Argentina yang ketika itu dianggap bukan pilihan, menjuarai Piala Dunia, sebagai pemain.
Lionel Messi masih mencari major pertama untuk negaranya, walaupun sudah memenangi segalanya bersama Barcelona.