Manny Pacquiao Sahkan Pertarungan Beliau Seterusnya Berlangsung Di Malaysia

Berita baik untuk peminat super star, Manny Pacquiao ataupun Pacman. Beliau akan bertarung di Kuala Lumpur selepas ini. Bercakap kepada ABS-CBN, Pacquaio memberitahu yang beliau sah akan bertarung di Malaysia.

Beliau menolak tawaran daripada Bob Arum untuk pertarungan menentang petinju handalan pada 14 April ini. Pacquiao memilih pertarungan sendiri di Kuala Lumpur.

“Saya ingin memberitahu kepada orang Malaysia yang saya akan bertarung di sana.”

Beliau mengesahkan akan menentang sama ada Lucas Mathysse ataupun Danny Garcia dalam pertarungan itu nanti.

“Petinju yang akan saya tentang sama ada Mathysse ataupun Danny Garcia. Kami akan umumkan dalam masa terdekat ini.”

Garcia dianggap sebagai calon utama. Ini selepas petinju itu pernah menyatakan hasrat beliau untuk berhadapan dengan Manny Pacquiao pada 2016.

Pacquiao sudah setuju untuk menyahut cabaran itu, namun, Bob Arum telah menolak pertarungan itu. Ianya dikatakan menjadi antara bibit-bibit persengketaan di antara Manny Pacquiao.

Namun Bob Arum menafikan yang beliau menjadi orang yang telah membatalkan pertarungan itu. Beliau memberitahu yang beliau tidak tahu langsung tentang perkara itu.

Selepas itu, beberapa lagi pertengkaran di antara kem Pacquaio dengan Bob Arum berkaitan dengan susunan pertarungan yang tidak memuaskan hati Pacquiao.

Spekulasi media juga menyatakan, Pacquiao menolak tawaran Bob Arum pada April ini kerana memang sudah tidak sehaluan dengan peguam tersebut.

Garcia yang berusia 29 tahun baru sahaja menang TKO ke atas Brandon Rios. Rios juga pernah bertarung dengan Pacman. Garcia merupakan bekas juara dunia dalam 2 divisyen iaitu junior welterweight dan welterweight divisions.

Pada 2007, Garcia melepaskan tali pinggang WBA Super dan WBC Welterweight kepada Keith Thurman menerusi ‘unanimous decision’.

Mathysse pula pemgenag 2 kejuaraan. Beliau turut pernah menyatakan hasrat beliau untuk bertemu jaguh dari Filipina itu. Mathysse juara bertahan WBA Welterweight World Champion.

Beliau mempertahankan kejuaraan beliau dengan kemenangan KO ke atas petinju dari Thailand, Tewa Kiram.

Pertarungan di Kuala Lumpur akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Ini merupakan pertarungan pertama Pacquiao di Asia sejak menewaskan Chris Algieri di Macau pada 2014.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) pastinya gembira dengan perkhabaran ini. Hal ini kerana baginda adalah rakan kepada petinju dari Filipina ini.

Kepada peminat tinju, pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini berita ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.