
Emmanuel Dapidran Pacquiao, lebih dikenali sebagai Pac-Man di kalangan peminatnya adalah seorang peninju, selebriti, dan ahli politik di Fillipina. Beliau adalah peninju pertama yang menjuarai lapan disvisyen berbeza dalam kejuaraan tinju dunia.
Pacquiao telah memenangi 10 gelaran dunia dan juga merupakan peninju pertama yang memenangi kejuaraan dalam empat siri yang berbeza. Kisah beliau yang berjaya keluar dari suasana penuh kemiskinan ketika membesar sehingga menjadi antara individu berpengaruh dunia merupakan sesuatu yang sangat menarik dan berinspirasi.

Beliau sangat popular di tanah kelahirannya, Fillipina, dan pernah membintangi filem, siri televisyen, iklan, dan juga wajahnya pernah diabadikan di dalam setem di sana. Majalah The Ring pernah memberikannya gelaran Fighter Of The Year sebanyak tiga kali.
Begitu juga dengan beberapa portal berita sukan dan tinju terbesar dunia seperti ESPN, Sports Illustrated, Sporting Life, Yahoo! Sports, dan BoxRec telah mengelaskan beliau sebagai peninju pound-for-pound terbaik yang pernah ada.
Pacquiao juga adalah ketua jurulatih pasukan bola keranjang Mahindra Enforcers. Beliau membawa pasukannya menduduki tempat kesebelas pusingan pertama 2014 untuk draf PBA. Beliau telah mewakili wilayah Sarangani ketika kongres Filipina ke-15 dan ke-16, dan telah dipilih menjadi anggota dewan perwakilan untuk kedua-duanya.
Pac-Man pernah menjadi atlet yang menerima bayaran kedua paling tinggi di dunia.
Zaman Kanak-Kanak
Pac-Man dilahirkan pada 17 Disember 1978, di Kibawe, Bukidnon, Filipina. Beliau adalah anak keempat kepada pasangan Rosalio Pacquiao dan Dionesa Dapidran-Pacquiao. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berada di gred enam sekolah.
Pac-Man mendapat pendidikan rendah di Saavedra Saway Elementary School yang terletak di Santos City. Beliau terpaksa berhenti sekolah tinggi separuh jalan ketika kerana ibunya tidak mampu menanggung kos persekolahan beliau.
Berhijrah
Pac-Man berhijrah ke Manila untuk bekerja pada umur 14 tahun. Di sana beliau mendapat kesukaran untuk diterima bekerja dan mula terlibat dengan pergaduhan jalanan. Kemudian ada seseorang yang ternampak beliau bergaduh lalu menawarkan Pac-Man untuk mendapatkan wang dengan bertarung.
Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan boxing amatur kebangsaan Filipina. Beliau diberikan latihan dan makanan untuk memantapkan skill beliau di dalam bertinju, lalu beliau mula mencipta nama dalam bidang tinju di Filipina dan menarik perhatian jurulatih dengan rekod 60-4 ketika itu.
Permulaan Karier

Pada umur 16 tahun, Pac-Man bercadang untuk meneruskan kariernya di dalam tinju professional. Beratnya ketika itu cuma 98 pound, kurang 7 pound dari berat minimum untuk memasuki kategori light flyweight. Tetapi beliau ingin segera membuktikan dirinya, lalu berlatih giat dan berjaya menambah berat menjadi 105 pound.
Pertarungan professional pertamanya adalah menentang Edmund Ignacio, di mana beliau berjaya menewaskan Edmund pada pusingan keempat. Pertarungan ini mendapat liputan secara langsung ke seluruh negara, dan beliau mula mendapat tempat di hati rakyat Filipina.
Tidak lama kemudian beliau berjaya mencapai berat badan 110 pound dan segera memasuki kategori flyweight. Kali ini beliau bertarung sebanyak 15 perlawanan tanpa kalah dan berpeluang untuk bertemu dengan juara kettika itu, Chokchai Chokvivat.
Beliau berjaya mengalahkan Chokchai dan memenangi gelaran flyweight yang pertama. Ini adalah gelaran kejuaraan yang pertama beliau menang untuk keseluruhan kariernya.
Kemenangan Demi Kemenangan
Seterusnya beliau berpeluang bertarung untuk gelaran WBC Flyweight dan berjaya mengalahkan penyandang juara, Chatchai Sasakul dalam pertarungan lapan pusingan. Kejuaaraan ini telah mengundang perhatian dunia kepadanya dan beliau mula menjadi hero bagi rakyat Filipina.
Pada pertarungan seterusnya beliau hilang kelayakan kerana telah melebihi berat badan lalu beliau memutuskan untuk masuk kategori Super Bantamweight. Beliau berjaya memenangi gelaran antarabangsa WBC Super Bantamweight dan mendapat peluang untuk bertarung dalam gelaran dunia pada Jun 2001.
Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh Pac-Man apabila beliau berjaya memenanginya dengan mengalahkan Lehlohonolo Ledwaba secara TKO. Beliau seterusnya memasuki kategori Featherweight pula.
“Dahulukan perintah tuhan sebelum manusia.” – Manny Pacquiao
Superstar Tinju
Pada November 2013, Pac-Man mengalahkan juara bertahan, Marco Barrera dengan TKO pada pusingan ke-11. Kemenangan ini telah melonjakkan kariernya dengan menjuarai tiga kategori berat berbeza. Ini menjadikan Pac-Man sebagai superstar dunia tinju dan mempunyai berjuta peminat di seluruh dunia.
Pada tahun 2005, Pac-Man terus menawan dunia dengan memenangi gelaran WBC Super Feather International. Satu persatu juara dunia ditumbangkan oleh beliau, pada Jun 2008, beliau mengalahkan David Diaz untuk memenangi gelaran Lightweight WBC, Pada Disember 2008, beliau mengalahkan Oscar De La Hoya untuk memenangi gelarang Welterweight WBC pula.
Beliau menerima habuan di antara $15-$20 juta untuk pertarungan itu. Sepanjang tahun 2008-2013 beliau telah memperoleh lebih dari $50 juta dan menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan pertarungan beliau.
https://www.youtube.com/watch?v=jUGt_Byqczw
Anugerah Dan Pencapaian
Pac-Man memenangi Lineal and The Ring Championship, menjadikan beliau sebagai peninju pertama Filipina yang menjuarai tiga kategori berat. Beliau juga menjadi peninju Filipina dan Asia pertama yang memenangi lima kejuaraan dunia.
Pada 22 Disember 2008, beliau dianugerahkan Legion Of Honor oleh kerajaan Filipina kerana menjadi peninju yang memenangi empat kejuaraan dunia ketika itu dan menjadi peninjuRT terbaik pada eranya. Pada 2009 preside Filipina telah memberinya Order Of Sikatuna yang membawa pangkat Datu kerana memenangi kejuaraan ketujuh kategori dunia.
Beliau dinamakan sebagai Fighter Of The Decade oleh Boxing Writers Asscociation of America (BWAA), World Boxing Council (WBC), dan World Boxing Organization (WBO). Pac-Man juga menerima anugerah Best Fighter ESPY Award (2009, 2011), PSA Sportsman Of The Year (2000-2009), dan The Ring Magazine Fighter Of The Year (2006, 2008, 2009).
Pada tahun 2009 dan 2015 beliau disenaraikan sebagai atlet yang menerima bayaran paling tinggi oleh majalah Forbes (ke-6 dan ke-2). Beliau juga disenaraikan dalam Top 100 Most Influential People oleh majalah TIME.
Legasi
Pac-Man mengahwini Maria Geraldine Jamora dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Emmanuel Jimuel, Michael, Princess, dan Queen Elizabeth. Beliau sekeluarga kini menetap di Kiamba, Sarangani, tempat kelahiran isterinya.
Beliau pernah membintangi filem, antaranya ialah, Lisensyadong Kamao (2005), Anak ng Kumander (2008), Brown Soup Thing (2008), Wapakman (2009), dan Manny (2015). Selain itu beliau juga pernah mengeluarkan dalam album Laban Nating Lahat Ito (2006), Pac-Man Punch (2007), dan Lalaban Ako Para Sa Filipino (2015).
Pada tahun 2015 kekayaannya dianggarkan bernilai lebih dari $190 juta dollar.
