Mane Tembak Guardiola: Kalau Betul Diving Boleh Dapat Penalti, Nanti Saya Buat Lagi

Sadio Mane hanya mampu tergelak mendengar tuduhan Pep Guardiola bahawa beliau kaki diving.

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan bahawa Sadio Mane merupakan senjata rahsia istimewa pasukan Liverpool.

Ini kerana menurut Guardiola, Mane ada bakat untuk melakukan gol luar biasa pada saat akhir dan juga ada bakat istimewa untuk diving dan mendapatkan penalti.

Guardiola memberikan komen itu selepas Sadio Mane dilayangkan kad kuning ketika menentang Villa.

“Kadangkala Mane diving dan kadangkala dia menjaringkan gol yang hebat pada minit akhir.”

Mane menyatakan beliau tidak begitu ambil pusing akan komen Guardiola itu menjelang pertemuan 2 pasukan teratas EPL, pada Ahad ini.

Mane kemudian secara sarkastik menyatakan beliau akan meneruskan pendekatan itu, jika benar ia dapat membantu pasukannya untuk menang.

Mane kemudian menyatakan kenyataan Guardiola itu seakan-akan cuba untuk mempengaruhi pengadil perlawanan pada Ahad ini iaitu Michael Oliver.

“Saya rasa, Pep agak bijak dalam menarik perhatian pengadil. Dan saya cuma akan terus bermain bola sepak seperti biasa.”

“Saya tak ambil pusing benda-benda beliau katakan kerana saya rasa ianya sebahagian bola sepak.”

“Adakah beliau risau dengan Liverpool? Mungkinlah kot. Saya yak pasti. Anda semua selaku wartawan lebih tahu daripada saya.”

“Saya hanya bersedia untuk pasukan, memberikan yang terbaik untuk pasukan dan cuba membantu pasukan saya.”

Sadio Mane kemudian menyatakan dengan nada sarcasm berkata: “Kalau betul cara itu boleh dapat penalti, saya akan dive lagi lah lepas ni.

“Jika dive boleh mendapat penalti, kenapa tidak mahu melakukannya. Namun apa yang Jurgen katakan adalah betul. Saya bukan seorang kaki dive.”

Ditanya tentang kad kuning ketika aksi menentang Villa. Mane berkata: “Itu bukan dive, ada sentuhan pada kaki saya. Mungkin itu bukan penalti. Namun pengadil memberikan saya kad kuning.”

“Jujurnya, saya tak ada masalah pun dengan semua itu.”

“Dalam bola sepak ianya boleh berlaku. Ramai pemain dive dan mendapatkan penalti. Namun ada situasi yang patut penalti, namun pengadil tidak memberikannya. Itulah bola sepak. Anda harus terima hakikat itu.”

Guardiola juga menyatakan beliau memberitahu anaknya tentang situasi Mane.

Menurut Guardiola, Liverpool bukannya bernasib baik tetapi ianya kerana Mane memang diving.

“Jika sekali dua, mungkin kerana nasib. Namun sudah beberapa musim perkara ini berlaku. Jelas ia bukan nasib.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.