Pertembungan antara Manchester United menentang kelab daripada Belgium jika dilihat di atas kertas maka tiada masalah untuk Setan Merah menang.
Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.
Dengan kehadiran Manchester United di Europa League maka kejohanan kelas kedua Eropah seolah-olah menjadi kejohanan paling agung di Eropah.
Sepakan terus daripada penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet berjaya mencari Emmanuel Denis yang berlari seperti lipas kudung.
Brandon William cuba mencabar dengan kejaran yang tidak seberapa, Sergio Romero juga tidak mahu kalah apabila keluar untuk menghalang.
Harry Maguire? Dengar cerita sebatu kena tinggal.
Emmanuel Denis dengan jahat dan bijaknya melambungkan bola melihat Romero keluar dan melemaskan sesiapa saja yang terkena.
Bola jatuh ke tanah dan meleleh sambil mengekek gelak pergi menuju ke gawang yang tebuka tanpa pengawal.
Ketika melihat bola meleleh menuju ke gawang para penyokong Setan Merah sudah pasti berdoa supaya bola tidak masuk. Tolong la jangan masuk!
The starting 11 don't give me any hope rather, but what did Sagio Romero is looking for at the gate? #CLUMUN pic.twitter.com/rzhECeRJsE
— Adoyi A.🇳🇬 (@AdoyiA) February 20, 2020
WTF was Romero thinking😤😤
BRU 1:0 MUN#UEL pic.twitter.com/WAZy9MGUnK
— Bra Kwame Gaspar🇬🇭 (@gaspar_lee007) February 20, 2020
Pada minit ke-15 Club Brugge sudah di depan dan Simon Mignolet bekas penjaga gol Liverpool melakukan bantuan gol.
Selepas jaringan tersebut pertahanan Manchester United terus barai dan barai dan barai, terbelah sana-sini.
Kiri, kanan bahagian pertahan Setan Merah bocor, mujur pemain Club Brugge tidak mempunyai sentuhan penyudah yang mantap.
Dalam kebaraian itu Manchester United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil bola lencongan rendah Anthony Martial.
Ole telah memasukkan Odion Ighalo, Fred dan Bruno Fernandes namun tiada apa yang dapat merubah perlawanan kecuali bekalan gol tempat lawan.
Kemasukkan Fernandes pada minit ke-81 hanya berjaya merekodkan pertambahan percubaan dengan 4 percubaan dan kesemuanya berjaya dihadang.
Selepas kemenangan ke atas Chelsea beberapa hari lalu tiada yang positif ditampilkan Manchester United kecuali gol Martial.
Manchester United berjaya membawa bekalan satu gol untuk perlawanan kedua di Old Trafford pada minggu depan.
—-
CLUB BRUGES (3-5-2): Mignolet 6.5; C Mata 6, Mechele 6, Deli 6.5; Kossounou 6, Rits 7, Vanaken 6, Balanta 5.5 (Vormer 47), De Cuyper 6 (Schrijvers 73, 6); Dennis 8, Tau 6 (De Ketelaere 63, 6).
Subs: Horvath, Okereke, Mitrovic, Ricca.
MAN UTD (3-4-3): Romero 5; Maguire 6.5, Lindelof 6, Shaw 6.5; Dalot 6 (Fernandes 81), Pereira 4.5 (Fred 70, 6), Matic 6, Williams 5; Mata 6.5, Martial 6.5 (Ighalo 68), Lingard 5.
Subs: De Gea, Bailly, Fred, James, Wan-Bissaka.