Sky Sport melaporkan Manchester United kini sedang berusaha untuk meyakinkan Ashley Young untuk kekal setahun lagi di Old Trafford.
Kelab Manchester United tidak rela kehilangan ketua pasukan mereka itu pada perpindahan kali ini.
Perkhabaran dari Itali semalam menyatakan Ashley Young dilaporkan setuju menyertai Inter Milan pada perpindahan kali ini dengan kontrak 18 bulan.
Gianluca Di Marzio :: Inter negotiating with Manchester United for Ashley Young: player already said 'yes' to the move https://t.co/nOzKkJ1bYz #UtdTalk #United #ManUTD #ManchesterUnited pic.twitter.com/INSV5dgIcX
— Man Utd Fans (@manutdnewsonly) January 7, 2020
Antonio Conte mahukan pemain veteran dan serba boleh Manchester United itu diserap ke dalam pasukannya.
Gianluca Di Marzio, bagaimanapun menyatakan Young dan Inter Milan masih menunggu pelepasan daripada Manchester United.
Ole sebelum ini pernah menyatakan pentingnya Young kepada pasukan mereka. Sebab itu pemain itu menjadi kapten United.
Perbincangan ini masih jauh daripada muktamad. Jika Manchester United memberikan lampu hijau, barulah Ashley Young boleh dijual.
Dan hari ini Young sudah memberitahu Ole akan niatnya mahu angkat kaki ke Inter Milan. Tetapi malangnya, niat Young tidak direstui oleh Ole.
Young kecewa dan dilaporkan mahu mogok jika perpindahan ini tidak dimeterai. Ole Gunnar Solskjaer masih berusaha untuk meyakinkan Young agar kekal bersama dengan mereka.
Young menolak tawaran kontrak oleh Manchester United itu.
https://twitter.com/utdxtra/status/1215226978774798336
Malah Young menyatakan pendiriannya untuk tidak bermain jika beliau kekal. Ini agak mengejutkan kita semua, apabila ketua pasukan seperti Young enggan bermain demi lencana di dada.
Ashley Young has rejected us.
THIS IS ON Ole Gunnar Solskjaer. This will be Ole Gunnar Solskjaer's legacy when he leaves United.
Karma is a b*tch.#OleOut https://t.co/kUhgQcd2qo
— Vedansh (@NathaniVedansh) January 9, 2020
Inter Milan menjadikan Ashley Young sebagai sasaran mereka kerana mahu mencari pemain yang boleh bermain di wingback.
Pemain berusia 34 tahun itu jelas sekali pilihan yang bagus dengan nilai perpindahan yang lebih rendah. Kontrak Young di Old Trafford akan berakhir pada musim ini.
Ini bermakna, Young masih ada enam bulan sahaja kontrak di Manchester United ketika ini.
Young tiada masalah dengan perpindahan tersebut kerana mahukan cabaran baharu di dalam kariernya.
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer buat masa ini enggan membincangkan soal pemain keluar.
🗣️ "Tonight's not the time to talk about players leaving."
Ole Gunnar Solskjaer has indicated Manchester United will resist any major outgoings in the January window amid Inter's interest in Ashley Young. #MUFC pic.twitter.com/sEQFuPBtsL
— Man United News (@ManUtdMEN) January 7, 2020
Beliau jelas sekali tidak mudah mahu melepaskan ketua pasukan Manchester United itu.
Inter pula sudah menyatakan mereka setuju untuk membayar yuran perpindahan untuk Ashley Young.
Man United dah seperti menjadi feeder club untuk Inter Milan pada musim ini. Inter Milan musim ini sudah mendapatkan Romelu Lukaku, dan Alexis Sanchez daripada Man United. Sanchez atas perjanjian pinjaman.
Young ditawarkan peluang bermain di Liga Juara-Juara Eropah. Ianya pakej yang agak menarik untuk pemain itu.
Ashley Young menjadi pemain yang paling lama bermain untuk Manchester United ketika ini. Beliau menyertai pasukan itu sejak 2011 di bawah Era Sir Alex Ferguson.
Ketika itu, Sir Alex membeli Ashley Young daripada Aston Villa.
Selain itu, Man United kini masih berusaha untuk meyakinkan bintang mereka, Jesse Lingard agar menandatangani kontrak baharu bersama mereka.
Lingard dilaporkan sudah melantik Mino Raiola untuk memastikan dia mendapat tawaran lebih baik ataupun pergi ke kelab lain.
Inter Milan kini berada dalam landasan persaingan kejuaraan Liga Serie A. Kehadiran pemain seperti Young dianggap penting untuk memastikan bahagian sayap mereka diisi pemain yang boleh melakukan hantaran lintang kepada penyerang utama.
Ramai juga penyokong Inter yang tidak setuju dengan pilihan Antonio Conte kali ini.
Namun Conte pernah membuktikan beliau mampu membangkitkan pemain yang beliau rasa sesuai dengan taktikalnya.
Antaranya Victor Moses ketika di Chelsea, dan juga Eder yang beliau panggil untuk mewakili Itali.
Conte changes your mind :
– Giaccherini at Juventus
– Moses at Chelsea
– Eder at Italy
– Candreva at InterYoung?
'Give him what he wants!' pic.twitter.com/lhJfd1IkQJ— FN (@FansNerazzurri) January 8, 2020
Adakah Conte akan melakukan perkara yang sama dengan Ashley Young?
Ole perlu membuat keputusan terbaik dalam hal ini, terutama sekali ketika pasukannya berhadapan dengan banyak krisis kecederaan.