Manchester United Sudah Temui Ramuan Untuk Jadi Juara EPL Pada 2022

Manchester United dikatakan telah memberikan jaminan akan memberikan dana perpindahan untuk Ole Gunnar Solskjaer.

Laporan oleh The Times di UK menyatakan, Solskjaer sudah berjumpa dengan Ed Woodward dan juga beberapa lagi pengurusan tertinggi untuk membincangkan masa depan pasukan dan juga perpindahan pemain.

Manchester United sedia membawa masuk 4 pemain pada jendela perpindahan yang akan datang. Ini bermakna, ia akan menambah lagi, 3 pemain yang telah diberikan kepada Solskjaer sebelum ini.

Express UK juga melaporkan, berita ini bermakna Solskjaer masih diberikan mandat untuk terus membimbing United pada jangka masa yang panjang.

Ia menepis dakwaan liar menyatakan masa depan Ole bergantung kepada keputusan menentang Liverpool.

Manchester United kini percaya mereka sudah memiliki ramuan terbaik untuk mengembalikan United sebagai pasukan terbaik di England sekali lagi dalam 2 musim akan datang.

Ketika ini Manchester United berada hanya 2 mata daripada zon penyingkiran. Namun Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan ianya memang sudah dijangka, kerana mereka bermula perlahan-lahan daripada membina bahagian pertahanan.

Daripada pertahanan barulah mereka menguatkan aspek serangan.

Pertahanan United kini antara yang paling sedikit bolos di dalam EPL. Ia dianggap Solskjaer perkara positif hasil pembelian Maguire dan juga Wan Bissaka.

Solskjaer sudah menyatakan beliau mahukan penyerang selepas kehilangan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez. Itu merupakan keutamaan Man United ketika ini.

Jason Burt dari Telegraph memberitahu, hierarki tertinggi Man United sudah berikrar untuk memberikan sokongan penuh kepada Ole Gunnar Solskjaer dalam usaha memperbetulkan beberapa aspek yang kurang betul.

Laporan yang sama menyatakan pelan perpindahan Manchester United dalam 2 tahun ini dipercayai akan dapat membantu United kembali menjadi juara England.

Antara strateginya, Manchester United akan membuat sekurang-kurangnya 4 perpindahan masuk dalam setiap jendela perpindahan dalam masa 2 tahun ini.

Hal ini kerana, situasi semasa Man United, mereka dilaporkan tidak cukup bagus. Skuad mereka yang ada pada hari ini memerlukan sekurang-kurangnya 6 lagi pemain baharu.

Dalam masa 2 tahun ini Solskjaer akan mendapat suntikan dana £150 juta. Dan beliau boleh menambah angka itu dengan penjualan pemain yang dirasakan perlu dijual.

Seorang pegawai senior di Manchester United memberitahu Telegraph: “Ole sudah ada visi 3 tahun untuk pasukan ini. Tahun depan adalah kemuncak evolusi ini. Buat masa ini kita di ‘base camp’.”

United akan terus membawa masuk ramai pemain berkualiti. Memperkasakan lagi bahagian scouting serta penjejak sasaran perpindahan.

Matt Judge, Ketua Pembangunan Koporat Man United akan mengetuai gerakan ini. Seterusnya mereka dalam proses untuk melantik Pengarah Teknikal. Antara calon yang dikaitkan ialah Rio Ferdinand dan Darren Fletcher.

United kini tidak akan mengganggu tugasan Ole. Dan Ole dijangka tidak akan dipecat walaupun menamatkan musim ini di luar 6 teratas. Yang penting beliau terus menunjukkan peningkatan pada projek beliau.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.