Manchester United Sah Merisik Sancho

Pasukan Manchester United dikenali dengan sifatnya yang sentiasa bercita cita besar dan mahu memenangi piala.

Walaupun sudah mendapat pemain  sehebat Bruno Fernandes, mereka masih merasakan ia tak cukup lagi.

Manchester United sudah memulakan langkah untuk mendapatkan bintang wonnderkid England yang kini berkelana ke Jerman untuk meningkatkan lagi kepandaiannya bermain bola sepak.

Borussia Dortmund pula sudah memberikan lampu hijau kepada United jika mereka benar benar mahukan Jadon Sancho.

Jauh di sudut hati mereka, Borussia Dortmund mahukan pemain itu kekal. Tetapi Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke pula menegaskan polisi kelab mereka adalah untuk menghormati kehendak pemain.

Kontrak Sancho akan berakhir pada 2022. Dan pemain itu sudah memberikan isyarat mahu meninggalkan kelab tersebut, dan tak mahu melanjutkan kontrak bersama dengan mereka.

“Kalau boleh, kami memang mahukan Jadon Sancho kekal. Kami sudah beritahu pandangan kami sebelum ini. Namun begitu, pada akhirnya, kamu haruslah menghormati kehendak pemain.”

Sejak menyertai Borussia Dortmund, Jadon Sancho telah menjadi bakat elit dalam dunia sepak bola. Beliau menjadi penjaring dan playmaker yang sangat berbisa.

Pada musim  ini beliau sudah mencetak 17 gol dan 16 bantuan gol untuk Borussia Dortmund, daripada 35 penampilan beliau musim ini.

Fabrizio Romano mendedahkan bahawa, Borussia Dortmund meletakkan tanda harga minima €110 juta ataupun sekitar £98 juta untuk pemain itu.

Mereka sudah menyatakan tidak akan menjual Sancho jika tawaran yang mereka terima adalah lebih rendah daripada itu.

“BvB menghantar mesej kepada semua kelab yang mahukan Sancho: ‘Kami tidak akan menukar tanda harga beliau walaupun selepas krisis koronavirus, dan kami enggan menjual beliau jika di bawah harga sebanyak €110’.”

Sumber tersebut juga menyatakan bahawa Manchester United sudah menghubungi ejen kepada Jadon Sancho bagi merisik situasi pemain tersebut di Borussia Dortmund.

Begitulah Manchester United bekerja. Mereka sangat cergas dan memang terbaik. Manchester United berhadapan dengan banyak pesaingan termasuk dari Chelsea, Manchester City dan Liverpool.

Namun kesemua pasukan tersebut masih belum mengorak langkah pertama.

Fabrizio Romano juga melaporkan, setakat ini tiada lagi bidaan rasmi diterima oleh Borussia Dortmund ke atas pemain mereka itu.

Beberapa hari lalu, Jadon Sancho berborak mesra bersama dengan seorang lagi wonderkid, Jesse Lingard.

Dan Sancho dilihat sudah memberikan isyarat bahawa beliau sudah bersedia untuk membentuk gandingan yang tak mampu dikekang lawan apabila tiba di Old Trafford kelak.

Sebelum ini Man Utd pernah cuba mendapatkan khidmat Sancho, namun mereka tidak mahu membayar £90 juta yang diminta oleh Borussia Dortmund.

Sancho boleh membentuk gandingan 3 serangkai yang mantap dengan Marcus Rashford dan juga Anthony Martial yang sudah sah akan terus kekal bersama dengan The Red Devils.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.