Manchester United dilaporkan risau dengan keadaan mental dan fizikal terkini Bruno Fernandes.
Pemain antarabangsa Portugal itu jelas telah membawa perubahan kepada permainan Manchester United sejak menyertai kelanb itu dari Sporting Lisbon pada Januari.
Sejak tiba di Old Trafford, Bruno Fernandes telah menjaringkan 14 gol dan menghasilkan 10 bantuan gol dari 26 perlawanan.
⚽Bruno Fernandes has been involved in 18 goals in 17 PL games for Manchester Utd (10 goals & 8 assists) pic.twitter.com/mi2yUZoSK9
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) October 4, 2020
Prestasi cemerlang tersebut pantas menjadikan Fernandes sebagai pemain utama yang memberikan peransang kepada United menamatkan saingan di kedudukan ketiga Premier League pada musim lalu.
Kejayaan tersebut semestinya melegakan Ole Gunnar Solskjaer dan hierarki di Old Trafford yang mensasarkan untuk bersaing di pertandingan UEFA Champions League pada musim ini.
Namu demikian Fernandes yang turut menjaringkan satu gol ketika Manchester United dimalukan oleh Tottenham Hotspur sebelum ini dilihat terkesan pada babak kedua perlawanan selepas Anthony Martial dilayangkan kad merah.
Ig Bruno: "Represent this big football club as we did today is not enough! We apologize with all the fans for this big lost at our home! Time to bow our head, reflect and do much more for us, the club and fans!" [brunofernandes.10] pic.twitter.com/lXJDsBc4bI
— utdreport (@utdreport) October 4, 2020
Akhbar O Jogo di Portugal melaporkan situasi tersebut membuatkan United bimbang pemain terbaik mereka itu terkesan secara mental dan fizikal – kerana beraksi terlampau banyak perlawanan.
Manchester United juga risau pemain itu menerima terlalu banyak tekanan atas peranannya di dalam pasukan, dan kini pasti gembira apabila pemain itu direhatkan dari perlawanan Portugal menentang Sepanyol yang berakhir 0-0 semalam.
Manchester United telah membawa masuk lima pemain pada jendela perpindahan kali ini, termasik Edinson Cavani dan bek kiri Porto, Alex Telles.
Man Utd concerned about Bruno Fernandes’‘mental and physical wear’ after being subbed at half-time in Spurs drubbing: MANCHESTER UNITED are reportedly concerned about the mental and physical pressure being placed on… https://t.co/tA33qKqtBV #guestpost #footballnews #soccernews pic.twitter.com/U7GA5nIg4G
— @easysoccernews (@EasySoccerNews) October 7, 2020
Pemain pertahanan dari Brazil itu menyertai Man United dengan nilai £15.4 juta selepas diyakinkan oleh Bruno Fernandes,
“Saya yakin saya akan berjumpa dengan kumpulan pemain yang hebat,” kata Telles kepada laman sesawang rasmi kelab.
“Saya ada bercakap dengan Bruno Fernandes, dan beliau katakan pemain-pemain di sini sangat mengalu-alukan kedatangan saya.
“Saya yakin mampu menyesuaikan diri secepat mungkin dengan rakan sepasukan baru di sini.”