Manchester United merupakan salah sebuah kuasa besar dalam publisiti di dalam bidang sukan. Jadi, apa sahaja yang mereka lakukan berkaitan dengan produk dan pemasaran pasti akan menjadi bualan.
Pada 2011 Man United dilaporkan memiliki peminat sekitar 659 juta di seluruh dunia. Ianya peningkatan yang sangat besar berbanding dnegan 333 juta pada 2006.
Oleh itu, Manchester United sentiasa mementingkan hubungan dengan ramai pihak dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Jadi peminat di luar Manchester antara sasaran utama mereka dalam usaha mendapatkan keuntungan lebih tinggi daripada penjualan produk kelab.
Terbaru, Manchester United dilaporkan mahu terus mengukuhkan kuasa publisiti mereka di kalangan peminat di China.
China merupakan antara negara yang menyumbang wang sangat besar kepada sukan seperti bola sepak, NBA dan sebagainya.
Footyheadlines, salah satu laman sesawang yang terkenal dengan pembocoran lebih awal rekaan baju, dan peratusan ketepatan mereka sangat tinggi.
Sehingga ada penganalisis menyatakan Footyheadlines memang ada kaitan dengan ramai orang dalam di sesebuah kelab. Dan gimik menyatakan ianya rekaan bocor mungkin hanya untuk mewujudkan satu sentimen ‘hype’ di kalangan penyokong.
Apa sahaja teorinya, mari kita lihat rekaan terbaru oleh Manchester United sempena Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 25 Januari 2019.
Manchester United dilaporkan telah bersedia untuk melancarkan baju bermotifkan naga sempena Tahun Baru Cina 2020.
Baju tersebut dengan kolar berbentuk V dengan warna merah yang melambangkan nasib yang baik dan kegembiraan dalam masyarakat Cina.
Di tengah baju itu ada gambar motif naga dengan logo Adidas pada bucu V pada kolar.
Ramai yang berbelah bagi kepada rekaan ini, jika benar inilah baju tahun baru Cina yang bakal dikeluarkan Man United dan Adidas.
Manchester Evening News menyatakan baju ini bukan jersi yang akan dipakai oleh para pemain. Sebaliknya ia adalah koleksi terhad yang akan dijual kepada para peminat.
⚠🏴🐉 BREAKING: Crazy "Dragon" Adidas Manchester United 2020 Chinese New Year Kit Leaked: https://t.co/KfpQLum7u3
— Footy Headlines (@Footy_Headlines) October 31, 2019
Peminat Manchester United boleh membeli ia secara atas talian di laman rasmi kelab mereka.
Adidas sudah banyak menghasilkan baju edisi terhad sempena Tahun Baru Cina kepada beberapa kelab gergasi Eropah sebelum ini termasuk Arsenal, Bayern Munich, Juventus dan Real Madrid.