Manchester United Jumpa Twitter Selepas Kes Rasis Ke Atas Pogba

Pengurusan tertinggi Manchester United akan bertemu dengan pihak twitter bagi membincangkan isu ‘troll’ dan serangan peribadi yang melampau menerusi platform twitter.

Paul Pogba menjadi mangsa terbaru serangan perkauman. Lebih menyedihkan ianya hadir daripada penyokong Manchester United sendiri.

Pogba dikecam secara berlebihan oleh segelintir penyokong Manchester United, hanya kerana beliau gagal menyempurnakan penalti ke atas Wolves tempoh hari.

Harry Maguire antara yang mencadangkan agar kesemua pengguna Twitter diverifikasi terlebih dahulu menerusi kad pengenalan, pasport mahupun lesen memandu.

Twitter dalam kenyataan rasmi mereka menyatakan: “Dalam beberapa minggu akan datang, wakil Twitter akan duduk semeja dengan Manchester United dan Kick It Out, serta beberapa pertubuhan awam bebas yang lain, dalam mendengar dan mencari langkah pro aktif. Twitter sedang mengesan pihan yang tidak bertanggungjawab menyerang pemain bola sepak secara rasis.”

“Kita sentiasa kekal dan terbuka dalam dialog sihat dan terbuka dengan mana-mana rakan kita di dunia, dan kita harus melakukan lebih lagi untuk melindungi pengguna kita. Kelakuan rasis tiada tempat di dalam platform kita dan kita mengutuk ia sekeras-kerasnya.”

Twitter berjanji akan memantau para pengguna twitter dengan lebih dekat. Twitter dengan rakan kongsi mereka juga akan berusaha mengatasi masalah ini. Twitter berikrar akan terus bertegas dalam mengambil tindakan ke atas pengguna yang melakukan kesalahan, misalnya membuang akaun serta merta.

Sumber: TalkSports

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.