Manchester United Buru Mereka Yang Menyerang Pogba Secara Rasis

Manchester United berjanji akan mencari dalang di sebalik serangan rasis ke atas Paul Pogba di media sosial. Ini selepas Pogba gagal menyempurnakan penalti menentang Wolves.

Ini merupakan kejadian ketiga dalam masa kurang 2 minggu selepas Tammy Abraham diserang rasis oleh penyokong sendiri, juga kerana gagal menyempurkan penalti dalam Piala Super Eropah. Seterusnya kes melibatkan Yakou Meite yang gagal menyempurnakan penalti untuk Reading.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Manchester United mengutuk tindakan rasis itu yang bertentangan dengan nilai moral dalam kelab mereka. Dan ia tidak sama sekali mewakili kelab tersebut.

United menyatakan: “Semua orang di Manchester United berasa sangat jijik dengan serangan perkauman ditujukan kepada Pogba pada malam semalam, dan kami mengutuknya sekeras-kerasnya.”

“Individu yang melontarkan pandangan rasis sebegitu tidak mewakili nilai pada kelab hebat ini dan kami berasa gembira melihat majoriti penyokong mengutuk tindakan itu, juga menerusi media sosial.”

“Manchester United tidak akan berkompromi dengan segala bentuk rasisme dan diskriminasi dan kamu sudah lama komited dengan kempen anti perkauman dan diskriminasi ini dalam kempen yang merupakan inisiatif kami sendiri #AllRedAllEqual.”

“Kami akan berusaha mengenalpasti mereka yang terlibat dan insiden seperti ini pastinya akan menujurus kepada tindakan tegas akan diambil. Kami juga meminta agar syarikat media sosial mengambil tindakan ke atas kes seumpama ini.”

Rakan sepasukan Paul Pogba, iaitu Harry Maguire dan juga Marcus Rashford antara yang paling awal memberikan sokongan kepada rakan mereka itu.

Diharap pesalah akan ditangkap dan dikenakan tindakan setimpal. Tiada ruang untuk rasisme dan diskriminasi di dalam bola sepak.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.