Senarai ranking kelab UEFA dalam tempoh lima tahun terakhir ini telah dikeluarkan dan Bayern Munich serta Real Madrid berada di kedudukan teratas carta.
Sementara itu, Manchester United pula dilihat selesa mendahului sang penakluk dunia, Liverpool dalam carta tersebut.
Football’s governing body menyediakan carta tersebut berdasarkan persembahan dan pencapaian kelab dari kejohanan domestik serta di kejohanan Eropah.
Best European Cup/Champions League Trophy Winning Runs!
1⃣ 1955-60: 5 In 5 Years by Real Madrid
2⃣ 2014-18: 4 in 5 Years by Real Madrid
3⃣ 1971-73: 3 in 3 Years by Ajax
3⃣ 1974-76: 3 in 3 Years by Bayern Munich
4⃣ 1998-02: 3 In 5 by Real MadridReal Madrid, The Kings of Europe! pic.twitter.com/iKCY1LOOgo
— SMFutball (@SMFutball) August 19, 2020
Bayern berjaya memenangi lima gelaran Bundesliga dalam tempoh lima tahun terakhir ini sementara Real Madrid pula memenangi dua gelaran La Liga dan tambahan tiga kejuaraan Liga Juara-juara dalam tempoh tersebut.
Kedua-dua kelab itu mengumpul 134 mata dan masing-masing diletakkan dikedudukan teratas dalam carta.
Barcelona pula mengumpul 128 mata dan diletakkan di kedudukan ketiga dalam carta tersebut.
Manchester United mendahului Liverpool dalam kedudukan carta tersebut dan ianya mungkin agak mengejutkan peminat.
Kedua-dua seteru ini mempunyai pencapaian yang berbeza di dekad terakhir ini.
Antara faktor yang memberi kelebihan kepada setan merah adalah, mereka menjuarai Europa League pada musim 2016/17, Liverpool pula langsung tidak bermain di pentas Eropah ketika itu.
Lihat senarai 30 kelab terbaik dalam ranking UEFA untuk lima tahun terakhir ini.
1. Bayern Munich – 134 mata
1=. Real Madrid – 134 mata
3. Barcelona – 128 mata
4. Atletico Madrid – 127 mata
5. Juventus – 117 mata
6. Manchester City – 116 mata
7. Paris Saint-Germain – 113 mata
8. Sevilla – 100 mata
8=. Manchester United – 100 mata
10. Liverpool – 99 mata
11. Arsenal – 91 mata
12. Shakhtar Donetsk – 85 mata
12=. Borussia Dortmund – 85 mata
12=. Tottenham Hotspur – 85 mata
15. Lyon – 83 mata
15=. Chelsea – mata
17. AS Roma – 80 mata
18. Napoli – 77 mata
19. FC Porto – 75 mata
20. Benfica – 70 mata
21. Ajax – 69.5 mata
22. Zenit St. Petersburg – 64 mata
23. Bayer Leverkusen – 61 mata
24. FC Basel – 58.5 mata
25. Villarreal – 56 mata
26. Dinamo Kyiv – 55 mata
27. Valencia – 54 mata
27=. Besiktas – 54 mata
29. FC Salzburg – 53.5 mata
30. Sporting Lisbon – 50 mata
Kedudukan terikat antara Bayern dan Real pastinya berubah selepas tamat perlawanan akhir liga Juara-juara musim ini nanti.
Skuad kendalian Hansi Flick’s itu akan bertemu dengan Paris Saint Germain di Lisbon dalam perlawanan akhir untuk merebut gelaran Liga Juara-juara keenam kelab.
Kali terakhir mereka menjuarai saingan liga Juara-juara adalah ketika musim 2013/14, dan penjaga gol, Manuel Neuer, salah seorang pemain ketika itu merasakan skuad kini lebih kuat dan pastinya mereka mampu menjuarai kempen kali ini.
“Kami berada di kedudukan dan tahap persembahan terbaik.”
Jelas Neuer kepada Goal.
“Kini kami mempunyai pasukan yang sungguh luar biasa dan team yang sangat kuat, bukan hanya skuad yang memiliki 18 orang pemain biasa.”
“Pengurus kami juga seorang yang sangat tenang terutama ketika menghadapi perlawanan seperti ini.”
“Beliau mempersiapkan kami dengan sangat sempurna, beliau sentiasa bersedia tidak kira ketika kami bertemu pasukan mana pun.”
“Kami sentiasa mempunyai rancangan tersendiri. Kamu boleh lihat keputusannya di atas padang nanti.”